“Untungnya kau Man.”
Dia tersenyum.
Itulah yang selalu orang sebut kepadanya.
Man (bukan nama sebenar) seorang yang mempunyai kerjaya yang baik.
Ada sebuah rumah, kereta dan keluarga yang bahagia.
Dia bersyukur dengan apa yang telah dikecapinya selama ini. Pesanan ibu bapanya agar belajar rajin-rajin, memperoleh pendidikan tinggi dan seterusnya pekerjaan yang baik telah pun disempurnakan.
Satu hari dia terfikir beberapa persoalan:
- Apakah dia boleh berhenti kerja sekarang dan mengekalkan gaya hidup sedia ada?
- Sekiranya apa-apa terjadi kepada dirinya, bagaimanakah situasi keluarganya?
- Bagaimana untuk memastikan keadaan kewangannya sentiasa cukup?
Selama ini orang kata simpan di ASB dia simpan, simpan di Tabung Haji dia simpan. Ada ejen datang minta dia laburkan sebahagian duit KWSP dalam saham amanah dia buat. Tapi itu sahaja.
Man bukan orang miskin tapi pada masa yang sama dia rasa terperangkap. Pagi-pagi pergi kerja dan malam baru balik ke rumah. Ada masanya anak-anak sudah tidur. Esoknya sebelum sempat anak membuka mata dia telah ke pejabat semula. Itulah yang berlaku 5 hari seminggu selama 12 bulan setiap tahun.
Bosan. Tertekan. Dia tahu sesuatu mesti dilakukan.
Tetapi bagaimana?
Tuan / Puan yang saya hormati,
Assalamualaikum…
Saya Suzardi bin Maulan juga dikenali sebagai Pakdi.
Saya merupakan seorang certified Islamic Financial Planner (IFP) TM.
Tugas saya adalah membantu tuan menguruskan kewangan dengan sistematik dan seterusnya menjadikan tuan seorang pelabur bijak. Oh ya, saya juga bertanggungjawab memastikan semuanya adalah halal-halal belaka.
Man merupakan salah seorang pelanggan saya yang mendapatkan khidmat profesional perancang kewangan Islami.
Situasi Man adalah perkara yang saya uruskan setiap hari. Bagaimana individu seperti Man dapat menguruskan wang mereka dengan serius dan seterusnya memperoleh pulangan pelaburan yang berganda-ganda.
Orang yang berjaya seperti Man tidak mempunyai masa untuk menguruskan kewangan sendiri.
Kerja di pejabat telah terlalu banyak. Mesyuarat setiap hari. Silap haribulan kerja pejabat terpaksa disiapkan di rumah. Justeru, bagaimana Man dapat menguruskan kewangan sendiri dengan baik?
Ada caranya.
Teruskan membaca.
Yang Benar,
Suzardi Maulan.
www.suzardimaulan.com

Saya mengenali Pakdi sejak zaman belajar lagi. Dalam urusan kewangan, dia tahu apa di mahu dan tahu bagaimana mencapai ‘mahu’. Ia telah dibukukan secara praktikal dari dimensi Islamik. Tidak sah jika anda hanya memiliki buku tanpa menghadiri bengkel kewangan beliau sekali!
Amin Idris
Trainer, Penulis Buku dan Personaliti TVAlhijrah.
Kekuatan Pakdi adalah pengetahuan serta khidmat nasihat kewangan beliau yang sangat praktikal, tidak terikat dengan mana-mana produk, syarikat atau institusi kewangan. Selain itu, pengalaman beliau dalam bidang Shariah dan perbankan Islam, menjadi nilai tambah yang jarang ada pada penasihat kewangan lain.
Afyan Mat Rawi
Takaful Ikhlas Sdn Bhd
Langkah Pertama: Sistem Pengurusan Kewangan S.I.M.P.L.E
Di sekolah dahulu bagaimana kita dapat tahu prestasi sesuatu mata pelajaran?
Pihak sekolah menyediakan satu sistem yang berkesan yang dipanggil ujian bulanan dan peperiksaan. Dari situ kita dapat tahu apakah kedudukan akademik kita dari masa ke masa. Sekiranya tidak ada sistem ‘tracking’ sebegitu sudah pasti kita tidak tahu apakah kekuatan dan kelemahan kita dalam sesuatu mata pelajaran.
Begitu juga dengan urusan kewangan kita sehari-hari.
Kita perlu ada satu sistem yang baik untuk mengetahui kedudukan kewangan kita dari masa ke masa.
- Bagaimana pendapatan kita?
- Apakah situasi cashflow kita?
- Ke manakah kita berbelanja?
- Apakah aset yang kita ada?
- Apa pula liabiliti yang kita kumpul?
- Jika kita memerlukan duit tunai sebanyak mungkin sekarang juga, berapakah jumlah yang kita boleh dapat dari harta-harta kita?
Sekiranya kita lemah dalam Matematik, apakah tindakan yang dibuat?
Sudah pasti hadir ke kelas tambahan, tuisyen dan menggandakan latih tubi.
Begitu juga sekiranya ada elemen-elemen kewangan kita yang memerlukan perhatian khusus tindakan yang sama kita perlu buat.
Dan tindakan sedemikian hanya dapat kita buat setelah kita mempunyai satu sistem yang baik untuk memberikan kita amaran-amaran penting.
Apabila kita telah mempunyai satu sistem yang baik sebegini maka kita dapat masuk ke langkah seterusnya yang dapat menggandakan apa yang kita ada.
Langkah Dua: Strategi Pelaburan yang Menguntungkan
Sekiranya kita mempunyai RM 10,000 di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) maka selepas 30 tahun modal tersebut berkembang menjadi RM 100,626.57.
Manakala sekiranya kita tahu beberapa strategi pelaburan tambahan seperti strategi indeks, modal RM 10,000 dapat berkembang menjadi RM 509,024.82 (1982-2011).
Ya, tindakan tuan membuka akaun ASB mahupun Tabung Haji itu memang sudah baik tetapi ada lagi ruang untuk kita mendapatkan pulangan pelaburan yang lebih baik.
Justeru tambahkan ilmu pelaburan kita segera.
Semua orang boleh melabur tetapi bukan semua orang dapat menjadi pelabur bijak. Secara mudahnya pelabur bijak ini adalah orang yang mula menjual ketika orang ramai sedang sibuk membeli.
Maksudnya pelabur bijak ini bertindak lebih cepat dari orang lain. Orang lain belum mula melabur lagi dia dah melabur. Orang lain baru tengah rugi selepas kira kos beli, dia pula telah mula kira untung. Orang lain baru ‘break even’ dia sudah untung dan untung. Orang lain baru kira untung dia dah lama dapat untung, untung dan untung.
Ho ho ho.
Selamat datang ke dunia pelabur bijak.
Keadaannya lebih kurang begini:


Kita semua dapat menjadi pelabur bijak apabila mengetahui strategi yang betul.
Apabila kita dah tahu bagaimana nak buat, kita cuma perlu ulang sahaja banyak kali sampai jadi cukup kaya.
Tak susah. Cuma kita belum tahu caranya.
Jadi macam mana nak tahu?
Bengkel Rancang Wang Masterclass
Ketahui bagaimana untuk menjadi individu betul-betul mahu menguruskan wang dengan bijak.
Tarikh: 2 Jun 2012, Sabtu
Tempat: The Nomad Sucasa, Jalan Ampang, KL.Yuran penyertaan seorang peserta adalah RM 890
PENUH.
Hanya pre-registration untuk bulan November sahaja diterima.

Sila buat pre-registration menerusi borang berikut dan tuan berpeluang mendapat harga DISKAUN.
Banyak persoalan dalam pengurusan kewangan dapat dijawab. Very clear & easy to understand. Bengkel ini unik dan berbeza kerana selain panduan yang mudah faham, ia juga disokong dengan penerangan yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Terima kasih Pakdi!
Shera Samsudin, ex-Tax Consultant di Ernst & Young
Bengkel pengurusan kewangan Islami yang memenuhi keperluan. Memang terbaik. 10/10!
Aqif Azizan, MajalahNiaga.com
Bengkel ini telah membuka mata saya untuk menguruskan wang dengan baik sekarang juga. Saya mahu mencapai kebebasan kewangan dengan segera dan hidup dengan bahagia.
Solha Ramli, Penolong Pengurus, Bank Islam.
Klik di sini untuk mendapatkan tips-tips percuma rancang wang, pelaburan dan bisnes
APA YANG TUAN DAPAT?
Tuan akan dapat satu panduan kewangan S.I.M.P.L.E merangkumi:
#1 Sistem Pengurusan Kewangan yang Mudah
Sistem ini adalah checklist yang penting untuk semua orang yang serius menguruskan kewangan mereka. Sekali pandang sahaja dah dapat tahu apa yang perlu kita buat dalam situasi kewangan kita.
Jika kita tiada sistem ini maka kita akan berada dalam kegelapan. Semua tindakan kewangan kita berdasarkan agak-agak sahaja. Bukan sebab kita tahu dan cara yang betul untuk bertindak.
Sistem ini memudahkan kita.
#2 Empat (4) Kaedah Menampal Kebocoran Wang
Pelik tapi benar.
Ada sahaja perkara yang berlaku ke atas diri kita menyebabkan kita terpaksa mengeluarkan lebih banyak belanja lebih dari biasa. Kereta rosak, rumah bocor, telefon hilang dan seterusnya. Duit habis sebab ‘kemalangan’ sebegini kerap berlaku.
Ketahui cara mengatasinya.
#3 Yang Halal-halal Sahaja
Sebagai seorang perunding kewangan Islam saya berkewajipan berkongsi dengan tuan mengenai cara-cara merancang wang dengan jalan yang halal. Justeru saya telah memastikan kesemua panduan yang diberikan adalah patuh Shariah yang bebas dari riba, judi dan gharar.
Harta mesti membantu kita masuk ke syurga.
#4 Tiga (3) Kaedah Mengurus Hutang dengan Bijak
Tuan juga dapat mengetahui 3 cara menguruskan hutang dengan bijak. 3 kaedah ini bukan sahaja dapat membantu kita menyelesaikan hutang-hutang dengan lebih cepat malah kini tidak perlu lagi takut untuk berhutang. Malah dengan 3 kaedah asas ini kita dapat menukarkan hutang menjadi satu aset.
#5 Dua (2) Konsep Pelaburan
2 teknik pelaburan ini adalah berbeza antara satu dengan yang lain tetapi ia saling melengkapi. Kemahiran pun berbeza. Jenis pelaburan juga tidak sama.
Pelabur biasa-biasa hanya membeli ikut suka.
Pelabur bijak membeli berdasarkan objektif pelaburan tertentu.
Ketahui bagaimana tuan dapat menggandakan aset dengan bijak berdasarkan 2 konsep pelaburan ini.
#6 Winning Investment Portfolio
Tuan mempunyai sejumlah wang di tangan dan mahu ianya diuruskan dengan baik. Di Malaysia ada pelbagai peluang pelaburan, bermula dari produk mudharabah (seumpama deposit tetap) perbankan Islam yang memberikan 3% setahun, strategi indeks yang memberikan pulangan yang memberansangkan sehinggalah pelaburan sofistikated seperti crude palm oil futures (FCPO) yang ada potensi memberikan pulangan (dan kerugian) 100% dalam tempoh yang singkat.
Pelajari bagaimana tuan dapat memanfaatkan semua pelaburan ini supaya akaun bank kita bertambah ’0′ dibelakangnya semakin banyak.
#7 Strategi Pelaburan Indeks yang Beri Pulangan 50x Ganda
Sekiranya RM 10,000 dilaburkan pada 1982 berdasarkan strategi ini, maka 29 tahun kemudian ia dapat berkembang menjadi RM 509,024.82. Tuan cuma perlukan 10-15 minit seminggu dan dapat menjadi seperti seorang pelabur profesional.
Strategi ini semua orang dapat lakukannya sebab ianya tersangat lah simple.
#8 Pelabur Bijak Berdasarkan Prinsip Kewangan Nabi Yusuf as.
Ketahui bagaimana kita dapat menjadi pelabur bijak berdasarkan panduan wahyu berdasarkan prinsip yang telah terbukti berkesan sejak 3,000 tahun yang lalu. Prinsip ini kemudiannya dicatat dalam al-Quran sebagai panduan kepada kita semua sebagai umat Islam untuk merancang wang.
Prinsip kewangan Nabi Yusuf as ini adalah relevan sampai bila-bila.
#9 Dan banyak lagi…
Saya tak mampu nak tulis semua. Tips pelaburan emas. Circle of competence. Panduan pelaburan hartanah. Margin of safety. Simulasi pelaburan. Semua ada dikongsikan dalam bengkel ini. Lagi pun kalau saya tulis semua maka tak surprise lah kan
Klik di sini untuk mendapatkan tips-tips percuma rancang wang, pelaburan dan bisnes
Saya tak Percaya lah…
Ya. Jangan percaya kepada saya. Apa yang saya mahu adalah tuan hadir dulu sendiri ke bengkel ini. 100% refund jika selepas hadir ini tuan masih tak mahu percaya.
Kehadiran tuan adalah 100% tiada risiko.
Highly recommended to those searching for a good cash & wealth management course from an Islamic perspective. Worth investing on this before dealing with ‘real’ investment later.
Hafiz Yusof, Business Analyst
Nilai ilmu yang pasti lebih dari yuran penyertaan. Bekalan ilmu inilah yang saya cari selama ini untuk jaminan kewangan peribadi pada masa sekarang dan akan datang. Hidup ini lebih bermakna jika kita pandai buat duit, simpan duit dan melaburkan duit.
Kini, ketiga-tiga elemen ini semuanya ditunjukkan oleh Pakdi dalam bengkel ini. Semuanya bermula dengan MERANCANG dan anda juga mampu melakukannya! Syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk menemui dan menyertai bengkel kewangan sehebat ini!
Hasbul ‘Aqill
MajalahNiaga.com
Seminar Rancang Wang Masterclass
Masa: 8:30 pagi – 5:30 tengah hari
Tempat: The Nomad Sucasa, Jalan Ampang, KL
Yuran penyertaan adalah RM 890.
PENUH.
Hanya pre-registration untuk bulan November sahaja diterima.
Sila buat pre-registration menerusi borang berikut dan tuan berpeluang mendapat harga DISKAUN.
Telefon 03 9207 9780 (pejabat) atau SMS 012 629 1634 (Azimah) / 013 492 5948 (Yasir) atau emel advisor@rancangwang.com untuk pertanyaan lanjut.
100% Money Back Guarantee
Jika anda tidak berpuas hati dengan ilmu-ilmu yang disampaikan.
