≡ Menu

Pelabur Saham Jangan Buat 10 Perkara Ini

Sekiranya tuan-puan melabur dalam pasaran saham.

Jangan membuat pelaburan saham dengan tingkah laku sebegini:

1. Beli Saham Sen Sen Sahaja Sebab Dia Murah

Harga saham bawah RM 1 tak bermaksud saham tersebut murah. Harga saham lebih dari RM 1 tak bermaksud saham tersebut mahal.

Saham Ajinomoto dijual sekitar harga RM 4 pada tahun 2012-2013. Tapi pada 2017, harganya dapat naik sampai RM 25!

2. Percaya Ada Orang Boleh Dapat Untung Tiap-Tiap Bulan

Macam mana nak untung tiap bulan dengan saham ?

Sedangkan pasaran saham ada masa menaik (bullish) ada masa menurun (bearish dan ada masa harga langsung tak bergerak sangat (sideways).

Sekiranya ada orang claim dia dapat buat untung 5% tiap bulan, maksudnya dalam tempoh satu tahun dia boleh untung 60%. Sekali sekala memang dapat merasa untung banyak macam itu, tapi ianya adalah tidak logik dari sudut pelaburan saham kalau dapat untung macam itu setiap bulan.

3. Beli Saham Untuk Kejar Untung Short-Term

Pelaburan saham adalah pelaburan long term.

Paling kurang melabur untuk jangka masa 10 tahun. Bukan 10 minit. Bukan 10 hari. Bukan 10 bulan.

4. Berhutang Untuk Beli Saham

Pelaburan saham dibuat dengan duit lebih. Sekiranya kena buat hutang baru dapat melabur saham itu tandanya kita tidak ada simpanan.

5. Contra Trading

Boleh ke predict saham confirm naik dalam tempoh 4 hari ?

Beli hari Isnin dan berharap harga akan naik paling lambat hari Khamis. Ini bukan pelaburan.

6. Tengok Harga Saham Hari-Hari

Saham ini pelaburan 10 tahun. Tidak ada keperluan nak tengok pergerakan saham setiap saat, minit dan harian. Malah monitor secara mingguan pun tak perlu. Tengok bisnes yang ada di sebalik saham tu, bukan tengok harga saham.

7. Join Group Saham

Kalau group saham tu kongsi ilmu tak mengapa. Tapi kalau cuma nak tahu tips-tips saham yang kununnya boleh naik dan beri untung besar, nak cari pakar saham untuk tujuan #8, maka keluarlah dari group saham sebegitu.

8. Serah Duit Pada Orang Minta Dia Laburkan

Serah duit pada fund manager tidak mengapa. Mereka profesional. Mereka berlesen. Tapi serah duit pada individu tidak berlesen itu mengundang bahaya.

9. Cari Holy Grail System

Nak teknik pelaburan yang tidak akan rugi ? Mana ada. Semua teknik pelaburan tak boleh buat untung setiap masa. Ada masa teknik tersebut akan mengalami kerugian.

10. Tak Reinvest Dividen

Beli saham = beli perniagaan.

Banyak perniagaan yang beri dividen kepada pemegang saham mereka. Sekiranya pelabur tak reinvest semula dividen yang diterima, rugi... rugi.. rugi...!

About the author: Anda TAK OK dengan pelaburan yang dibuat sekarang dan mahu membetulkannya ? Jika YA, sila klik link ini — Investment Workshop