≡ Menu

10 Perkara Tentang Urus Harta Yang Mesti Dibaca

1. Jangan letak duit banyak-banyak dalam savings account. Akaun simpanan sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan sebulan sahaja.

2. Jangan lupa letak duit tabung kecemasan dalam Tabung Haji atau ASB. Kedua akaun ini memberikan hibah, agihan pendapatan yang tinggi berbanding akaun fixed deposit.

3. Jangan berpuas hati dengan keuntungan yang diberikan Tabung Haji dan ASB. Keuntungan yang diberikan oleh kedua instrumen kewangan ini adalah bagus. Tabung pelaburan kita sepatutnya bagi pulangan lebih dari keduanya.

4. Jangan lupa bayar hutang kad kredit cepat-cepat. Lepas hutang kad kredit dah habis, boleh mula bayar hutang-hutang lain pula sedikit demi sedikit. Hutang dengan kawan-kawan, saudara mara juga mesti dibayar. Buat tabung bayar hutang khas untuk segala hutang piutang yang kita ada.

5. Jangan biarkan rumah kosong. Pastikan jika ada rumah kedua, ketiga rumah tersebut disewakan kepada orang lain. Jangan harapkan kenaikan harga rumah sahaja. Dapatkan juga pendapatan dari sewa tiap bulan.

6. Jangan tumpu kepada pelaburan biasa-biasa sahaja. Tuan juga dapat mengumpul collectibles. Apakah barangan yang tuan kumpul selama ini ada mempunyai nilai collectibles ? Macam set Star Wars tertentu ada yang mempunyai nilai collectibles yang tinggi.

7. Jangan berterusan duduk dalam zon selesa. Kos sara hidup, kos gaya hidup, inflasi semuanya menghabiskan duit kita. Cari peluang-peluang baru yang dapat dimanfaatkan untuk menangani kenaikan kos-kos tersebut.

8. Jangan bertangguh apabila mahu melakukan sesuatu. Jika mahu membuat pelaburan di Bursa Malaysia terus buka akaun dengan mana-mana syarikat broker yang berdaftar. Jika mahu beli rumah, kumpul duit deposit dari sekarang. Jangan tunggu hari esok.

9. Jangan lupa upgrade diri. Ijazah tuan barangkali diperoleh 15 tahun lepas. Sudah banyak berbeza dengan tahun ini. Tidak semestinya ambil Masters atau PhD. Mungkin cari ilmu lain selain bidang sedia ada.

10. Jangan lupa bersyukur. Solat tanda syukur. Sedekah tanda syukur. Banyakkan memberi. Sentiasa ada orang yang lebih memerlukan dari kita. Kongsi sama-sama rezeki yang Allah beri sedikit pada kita di muka bumi ini. Mudah-mudahan makin bertambah rezeki.