≡ Menu

10 Perkara Yang Anda Perlu Baca Sebelum Keluar Shopping Hari Ini

1. Jangan berbelanja kalau duit belum ada di tangan. Lebih-lebih sekadar dengar khabar angin tahun ni bakal ada bonus.

2. Jangan berbelanja tanpa buat shopping list. Nanti tahu-tahu sahaja dah belanja lebih dari sepatutnya.

3. Jangan berbelanja untuk tunjuk kepada orang lain yang kita sebenarnya ada duit. Nanti menyesal di kemudian hari.

4. Jangan berbelanja sebelum simpan duit gaji terlebih dahulu. Simpan paling kurang 10%, selepas itu berbelanjalah sesuka hatimu.

5. Jangan berbelanja untuk keseronokan diri sahaja. Suami perlu beri nafkah untuk isteri. Suami perlu beri nafkah untuk anak-anak. Anak-anak perlu beri duit kepada ibu bapa di kampung.

6. Jangan berbelanja barang-barang besar yang mahal kalau belum buat perbandingan harga. Berbaloi ambil masa sedikit untuk bandingkan harga-harga barang-barang sebegitu.

7. Jangan berbelanja seorang diri. Pandangan pertama itu adalah panahan sihir. Ajak orang lain sebagai peneman. Mudah-mudahan dia dapat beri pandangan kedua yang baik.

8. Jangan berbelanja sesukati hati barang-barang yang nampak kecil harganya. Alah, gula-gula sahaja pun. Tak sampai RM 1. Cuba catat semua perbelanjaan kecil sebegitu tiap bulan. Berapa banyak sebenarnya dibelanjakan ?

9. Jangan berbelanja baju baru sekiranya masih ada pakaian dalam almari baju-baju yang masih belum dipakai. Sesungguhnya itu adalah amalan syaitan.

10. Jangan berbelanja online sejurus dapat gaji. Takut-takut tak dapat kawal diri.