≡ Menu

3 Langkah Langsaikan Hutang Besar

Kalau anda perasan, jurujual apa-apa produk yang mahal akan tunjuk anda hanya perlu buat bayaran bulanan yang kecil untuk meyakinkan anda mampu memiliki produk mereka.

Contohnya seorang jurujual kereta berharga RM 80 ribu fokus menekankan tentang bayaran RM 900 sebulan. Nampak kecil, kan?

Begitu juga kalau jurujual smartphone berharga RM 2 ribu. Dia tekankan bayaran sebanyak RM 99 sahaja sebulan. Nampak kecil, kan?

Sekiranya mereka mempromosikan harga yang besar-besar sahaja, anda rasa tak mampu. Tetapi disebabkan harga tadi dah dikecil-kecilkan, maka kita pun rasa mampu untuk memilikinya.

Anda juga dapat buat begitu untuk strategi bayar hutang yang amaunnya besar. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1.  Cerakinkan hutang tadi kepada amaun yang kecil dahulu.  Contohnya jika anda ada hutang peribadi RM50 ribu dengan institusi kewangan A. Anda buat "pembiayaan semula hutang" tersebut dengan 3 institusi lain.

  • Institusi B : RM10 ribu
  • Institusi C : RM20 ribu
  • Institusi D : RM20 ribu

2. Gunakan tunai yang diperoleh dari semua pembiayaan semula dari 3 institusi kewangan tadi untuk langsaikan hutang di institusi A.

3. Kemudian, fokus serang untuk langsaikan hutang yang dah dicerakinkan tadi tersebut satu persatu.

  • Fokus lebihkan bayaran ansuran RM10 ribu di institusi B dahulu. Manakala institusi C & D, bayaran bulanan seperti biasa.
  • Selepas selesai bayaran hutang RM10 ribu di institusi B, guna lebihan bulanan fokus serang hutang di institusi C dan seterusnya.

Teknik ini dapat membuatkan anda berasa yakin dan mampu untuk selesaikan hutang satu demi satu.

-- Nota ini disediakan oleh Tuan Zulkhairi Zulkifli menerusi status Facebook beliau. Sila layari PoketTebal.com untuk nota-nota kewangan yang lain.

About the author: Nak cari individu yang boleh bercakap tentang urus duit untuk organisasi anda ? >>Klik sini untuk keterangan lanjut<<