Kalau tuan dengar orang sembang untung besar sana, untung besar sini.
Tutup telinga dan bersedia untuk katakan tidak.
Sebab kebiasaannya lepas habis sesi sembang kencang dia akan ajak kita masuk lebur bersama-sama. Tuan mesti terlibat dalam pelaburan yang sah & berlesen sahaja.
Bagaimana cara nak tahu sesuatu skim itu adalah pelaburan scam ?
1. Dijanjikan Untung Cepat
Selalunya pelaburan tidak berlesen menjanjikan untung tetap sama ada secara harian, mingguan, dwi-mingguan dan bulanan.
Ini adalah tarikan supaya lebih ramai berminat untuk menyertai skim tersebut sebab individu yang selalu masuk pelaburan scam adalah individu yang sedang mengejar untung cepat.
2. Dijanjikan Untung Berganda-Ganda Lebih Dari Tabung Haji & ASB
Sekiranya dijanjikan sebulan dapat untung 10%.
12 bulan = untung 120%
Pulangan pelaburan sebanyak ini adalah tidak logik melainkan satu skim money game. Duit memang dapat awal-awal tu, tetapi itu semua dari orang baru yang masuk kemudian. Dah cukup target duitnya, mereka pun cabut lari!
3. Tidak Ada Dokumen Yang betul
Kalau beli nak beli hartanah minta bukti pemilikan iaitu geran hakmilik. Tuan boleh buat carian di Pejabat Tanah untuk double check.
Jika disuruh beli emas tunjukkan mana emas fizikalnya dulu.
Sekiranya ada pihak tawarkan nak tolong uruskan pelaburan dalam bidang yang mempunyai kawal selia yang ketat, seperti saham, unit trust, komoditi macam CPO maka kena minta dokumen seperti prospektus. Kita mencari maklumat sebegini:
Ada maklumat tentang:
- Pengurus dana
- Penasihat Shariah
- Pemegang amanah
- Auditor
- Penasihat percukaian.
Lengkap. Semua pihak yang berbeza-beza. Apa-apa kemusykilan dapat terus berhubung dengan pihak tersebut.
Jangan jadi bodoh dan lurus bendul sangat. Sekiranya kita terlalu mudah percaya dengan janji manis orang tetapi tidak mahu membuat due diligence yang mudah sebegini, maka modal kita pasti lebur semuanya.