≡ Menu

4 Langkah Memulakan Tabung Persaraan

Tabung persaraan ibarat melepaskan hasrat beli 1 iPhone 7 sekarang supaya cukup beli 10 iPhone 17 nanti

Tabung persaraan ini perlu dibuat seawal mungkin supaya tuan mempunyai cukup duit dan cukup masa untuk melaksanakannya seterusnya mempunyai pilihan sama ada untuk bersara mengikut masa yang ditetapkan atau pilih untuk bersara awal dan mula buat kerja yang tuan benar-benar suka.

Lakukan perkara berikut untuk mula membuat tabung persaraan:

1. Tentukan kos gaya hidup selepas bersara

Kira keperluan masa depan dulu.

Sekiranya tuan mahu gaya hidup RM 10 ribu sebulan, nilai harta yang diperlukan ketika bersara adalah RM 3 juta.

2. Berapa yang dapat dilaburkan setiap bulan ?

Kira cashflow sekarang.

Duit masuk tolak duit keluar.

Sekiranya tuan mahu bersara 20 tahun dari sekarang dengan jumlah aset sebanyak RM 1.5 juta. Maka jumlah yang perlu disimpan paling sedikit RM 3 ribu sebulan. Itupun kalau pelaburan yang dibuat menghasilkan untung 8% setahun.

3. Berapa aset semasa sekarang ?

Kira net worth.

Nilai harta tolak nilai hutang.

Barangkali jumlah simpanan sebanyak RM 3 ribu sebulan itu dapat dikurangkan sekiranya tuan telah ada sejumlah aset semasa yang mencukupi.

4. Apakah kemahiran pelaburan sedia ada ?

Investment skill.

Jangan tanya unit trust apa yang bagus, beli emas ok tak, cryptocurrency untung ke tidak dulu. Tapi tengok ilmu di dada dahulu.

Sekiranya tuan ada kemahiran melabur sendiri, barangkali mensasarkan lebih dari 10% - 15% setahun adalah munasabah.

Tetapi jika tidak ada kemahiran, sasaran 10% setahun pun sudah tinggi. ASB yang diuruskan mereka yang pandai-pandai pun cuma dapat beri sekitar 7% sekarang.
.
Fokus kepada perkara yang dapat tuan kawal supaya sasaran tabung persaraan dapat dicapai.

Cashflow management adalah sangat penting sebab itu adalah perkara yang dapat kita kawal berbanding return pelaburan.

About the author: Suzardi Maulan merupakan seorang licensed financial planner. Beliau menawarkan total solution investment plan secara Islami kepada klien supaya mereka tidak perlu lagi bimbang, financially.