≡ Menu

4 Nasihat Kewangan Dari Penulis Buku I Will Teach You To Be Rich

Kami nak kongsi 4 nasihat dari Ramit Sethi, penulis buku I Will Teach You To Be Rich.

Kami rumuskan 4 perkara tersebut dengan suasana Malaysia.

1. Bertindak adalah lebih penting dari menjadi pakar

Barangkali kita belum ada pengetahuan secukupnya dalam ilmu pengurusan kewangan.

Itu tidak menjadi masalah. Kita tidak perlu tunggu jadi pakar baru boleh menguruskan kewangan. Tak perlu ada satu plan yang lengkap baru mahu bermula.

Apa yang kita perlukan adalah memulakan langkah pertama. Take action. Jika tersalah sekalipun, ia adalah jauh lebih baik dari langsung tidak bergerak ke man-mana.

2. Ia adalah OK jika terbuat salah

Selepas kita bertindak, sudah tentu kita ada tersalah langkah.

Ia adalah sesuatu yang tidak perlu dimalukan. Rugi, tidak bermaksud gagal. Solusinya adalah bertindak awal, ketika usia masih muda, dengan duit yang sedikit jika tersalah sekalipun, kita telah tahu cara untuk mengatasinya apabila duit dah menjadi lebih banyak nanti pada usia yang lebih matang.

3. Orang biasa, buat perkara yang biasa-biasa

Pada 2011, baki hutang kad kredit secara purata di Malaysia adalah RM 3,500 / kad.

Kenapa kebanyakan orang di Malaysia mempunyai hutang terkumpul sebanyak itu untuk satu kad kredit?

Sebab orang biasa-biasa selepas swipe kad kredit, mereka tak terus bayar habis. Orang yang luar biasa, lepas pakai kad kredit, terus bayar sampai habis. Berani untuk berbeza.

4. Simbol Kemewahan vs Harta Sebenar

Ramit menggunakan istilah sexy vs rich.

Ya, ramai orang tertarik dengan perkara sexy, bling-bling, sesuatu yang menjadi simbol kemewahan sahaja seperti kereta, jam tangan mahal, kasut dan baju berjenama, rumah kediaman yang besar. Tapi itu adalah simbol sahaja dan bukannya kekayaan.

Kekayaan yang sebenar dalam Islam adalah kekayaan itu dapat kita zakatkan. Simbol-simbol kemewahan hanya menghabiskan harta yang sebenar

About the author: Nak cari individu yang boleh bercakap tentang urus duit untuk organisasi anda ? >>Klik sini untuk keterangan lanjut<<