≡ Menu

4 Perkara Yang Perlu Diselesaikan Sebelum Faraid Dibuat

Apabila seseorang itu meninggal dunia, berikut ialah perkara-perkara yang waris perlu buat berkaitan dengan harta si mati.

1) Selesaikan kos pengebumian

Kain kafan perlu dibeli. Peralatan berkaitan mandi mayat perlu disediakan. Upah gali kubur perlu dibayar.

Sertailah tabung khairat kematian yang selalu dibuat bawah masjid dan surau. Jika ada, maka dari situlah pembayaran diselesaikan.

2) Selesaikan hutang-piutang

Ada 2 jenis hutang.

i) Hutang ibadah.

Berapa hari puasa yang ditinggalkan. Tentang hajinya. Tentang zakatnya. Tentang nazarnya.

ii) Hutang harta benda

Beli rumah, kereta, pembiayaan peribadi, perniagaan, hutang dengan adik-beradik, saudara mara dan kawan-kawan termasuklah tunggakan cukai.

3) Selesaikan tuntutan harta sepencarian, hibah, dan juga harta amanah (trust) yang telah dibuat ketika hidup.

Dokumen-dokumen ini perlu dibuat sebelum mati.

4) Selesaikan wasiat

Barangkali seorang datuk mahu membahagikan hartanya kepada cucu.

Atau barangkali seorang ibu bapa angkat mahu membahagikan hartanya kepada anak angkatnya.

Atau, mungkin nak beri sedekah kepada fakir miskin.

Tertakluk kepada maksimum 1/3

5) Selesaikan faraid

Maka harta yang tinggal itu hendaklah dibahagikan mengikut hukum faraid kepada waris yang berhak.
.

Proses ini dapat mengambil masa paling cepat 6 bulan untuk selesai.

Paling lama ? 2,3 generasi pun belum tentu selesai kalau waris tidak ambil peduli atau tidak ada permuafakatan.

Maka sebaiknya lantiklah pentadbir harta pusaka semasa hidup lagi supaya urusan terakhir atas dunia ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dengan masalah paling minima.
.