≡ Menu

5 Cara Berkesan Tambah Hutang

Hati-hati!

Rancang wang (dan hutang) dari sekarang!

Barangkali kita tidak pernah merancang bila sepatutnya berhutang. Tahu-tahu sahaja komitmen hutang terlalu tinggi menyebabkan setiap bulan duit gaji cukup-cukup sahaja.

Berikut adalah 5 situasi yang selalu menyebabkan kita berhutang dan ianya bersifat hutang lapuk (bad debt):

1. Hutang Kerana Perkahwinan

Perbelanjaan kahwin pada hari ini amatlah besar. Kos perkahwinan di bandar khususnya mencecah paling kurang RM 20,000 - RM 30,000. Tak mustahil ada yang berhutang sampai 6 angka.

Justeru, kalian yang masih belum berkahwin tetapi sudah berpacaran, jangan terlalu seronok bercinta sahaja. Rancang bagaimana kita boleh berkahwin tanpa berhutang.

2. Hutang Membeli Kenderaan

Penjual kereta, institusi kewangan dan bank bukan tukang rancang wang kita. Mereka adalah tukang ambil wang dari poket kita. Justeru, walaupun kita layak dan mampu membuat bayaran bulan-bulan kereta sebanyak RM 900 misalnya, belum tentu kita patut beli kereta tersebut. Awas! Harga kereta di Malaysia memang mahal.

3. Hutang Kad Kredit

Kad kredit adalah bagus untuk kalian yang berdisiplin sahaja. Sekiranya kalian bukan seorang yang mampu mengajar diri sendiri disiplin kewangan yang ketat, lupakan sahaja hasrat kalian untuk mempunyai walaupun satu kad kredit.

4. Hutang Membeli Rumah (untuk diduduki)

Memang majoriti tak mampu beli rumah secara tunai. Kalau dah tahu begitu, jangan tambah hutang deposit beli rumah. Bayar peguam berhutang. Bayar kos renovasi pun berhutang. Kemudian ...

5. Hutang Membeli Kelengkapan Rumah

Bayar serendah RM 15 sebulan selama 48 bulan misalnya. Kalau kira balik, boleh beli dua ke tiga lagi set televisyen! Mahal kalau berhutang untuk beli kelengkapan rumah ni. Simpan duit dulu beberapa bulan, dan beli secara tunai. Itu cara yang betul.