≡ Menu

5 Perkara Yang Nabi Muhammad Beritahu Tentang Hutang

 

Banyak yang Islam sebut pasal hutang.

Dalam al-Quran, ayat yang paling panjang adalah mengenai hutang. Al-Baqarah, 282.

Hadis-hadis pun banyak, antaranya:

1. Allah swt bantu orang yang bersungguh-sungguh nak langsaikan hutang

"Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya."

Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari.

MasyaAllah.

Allah swt tahu kita kurang mampu maka sebab itu kita berhutang. Dan dengan niat berhutang nak bayar balik, Allah swt mudahkan jalan rezeki kita. Tapi siapa berniat nak lari dari bayar hutang, makin susah hidup.

2. Zalim jika mampu bayar, tapi melambat-lambatkannya

"Penangguhan bayar hutang oleh orang yang mampu adalah satu kezaliman"

Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari

Sekiranya kita mampu, bayarlah hutang tersebut secepat mungkin. Adalah satu kezaliman kita menangguhkan membayar hutang sedangkan kita ada duit.

3. Pahala mati syahid pun tergantung

"Allah swt mengampunkan dosa orang yang mati Syahid kecuali hutang"

Direkodkan oleh Imam Muslim

Kita tahu pahala mati syahid ini besar. Terus masuk syurga. Tapi ia dapat terhalang dengan hutang. Nau’zubillah.

4. Orang berhutang kuat menipu

"Ketika ditanya kenapa selalu berdoa minta perlindungan dari berhutang, Baginda saw pun menjawab, orang yang berhutang ini apabila dia bercakap dia menipu, apabila dia berjanji, dia mungkir."

Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari

Kita sepatutnnya berjumpa dengan orang yang kita berhutang, baik dengan bank, kawan atau saudara mara, jika kita betul-betul tak mampu bayar hutang. Bukannya lari. Tutup telefon. Buat-buat tak kenal. Islam tak ajar begitu.

5. Hidup tak tenang hidup banyak hutang

"Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari."

Hadis direkodkan oleh Imam Baihaqi

Ini yang menyebabkan rumahtangga bergoncang. Anak-anak menjadi mangsa. Sebab kita terlalu runsing akibat berhutang.
.

Setiap sesuatu itu ada jalan keluarnya.

Masih belum terlambat untuk membaiki situasi kewangan kita. Mulakan dengan betul-betul berazam untuk membayar hutang. Hubungi semula bank, individu-individu yang kita ada hutang dengan mereka dan mula membayar hutang walaupun sedikit. Allah swt pasti memudahkan jalan untuk kita.

About the author: Nak cari individu yang boleh bercakap tentang urus duit untuk organisasi anda ? >>Klik sini untuk keterangan lanjut<<