≡ Menu

6 Langkah Mula Melabur Dengan Bijak

Sekiranya tuan baru mahu melabur, sila ikut 6 langkah di bawah.

Mudah-mudahan langkah-langkah ini dapat membantu tuan memulakan pelaburan pertama dengan bijak.

1. Tetapkan Matlamat Pelaburan

  • Tuan mahu duit modal berganda cepat mana ?
  • Tuan mahu dapat berapa banyak cashflow dari pelaburan untuk setiap bulan atau setahun ?
  • Bilakah tuan mahu menggunakan duit pelaburan tersebut, pada usia persaraan atau untuk keperluan anak-anak sambung belajar ?

Itu adalah contoh matlamat pelaburan.

Apa-apa pun matlamatnya, ia mestilah spesifik, dapat diukur, realistik, boleh dicapai dan mempunyai sasaran tempoh masa. Namakan matlamat-matlamat pelaburan sebagai tujuan persaraan, percutian, kesihatan dan seterusnya.

2. Bandingkan Produk-Produk Pelaburan

Ada pelbagai produk pelaburan di Malaysia.

Selain simpanan asas seperti fixed deposit, Tabung Haji dan ASB, ada unit trust, saham, exchange traded fund, real estate investment trust termasuklah produk spekulatif seperti emas, perak dan derivatif.

Sebelum hadir ke temujanji dengan mana-mana ejen pelaburan, tuan mesti tahu tentang pelaburan tersebut. Elakkan menjadi pelabur yang reaktif. Iaitu hanya membeli sesuatu pelaburan setelah didatangi oleh mana-mana ejen-ejen pelaburan yang menjual produk-produk kewangan. Kebiasaannya ejen pelaburan ini hanya mempromosi produk yang mereka jual sahaja dan tidak membuat perbandingan penuh produk-produk lain yang ada di pasaran.

3. Terus Melabur

Setelah mengenal pasti produk yang dapat memenuhi keperluan pelan pelaburan, maka terus melabur.

Mulakan dengan sejumlah kecil duit simpanan untuk bermula secara kecil-kecilan. Always start small first. Selepas sudah lebih yakin barulah gunakan modal yang lebih besar.

4. Pantau Pelaburan 

Pantau pelaburan yang dibuat walaupun pelaburan tersebut dibuat melalui ejen.

Surat-surat, emel-emel perlulah dibaca dan direkodkan. Selalunya perkembangan harga boleh disemak secara online. Sekiranya tidak tahu caranya sila hubungi ejen pelaburan bagaimana pemantauan pelaburan dapat dibuat.

5. Reviu Pelaburan Secara Tahunan

Prestasi pelaburan perlu diukur secara tahunan.

Turun naik harga memang berlaku dalam tempoh yang pendek i.e. daily, weekly, monthly. Usah hiraukan short term volatility sebegitu.

Bandingkan dengan pelaburan-pelaburan lain. Apakah pelaburan yang telah dibuat on track dengan perancangan asal ?

6. Susun Semula Plan Pelaburan

Sekiranya pelaburan yang dibuat adalah mengikut seperti apa yang dijangkakan, maka teruskan. Terus bina portofolio pelaburan secara bersistematik.

Tetapi sekiranya berlaku sebaliknya, susun semula pelaburan tuan. Barangkali perlu realised loss dan mencari pelaburan yang lain pula. It is part of the game.
.

Ini adalah cara melabur secara Do It Yourself (DIY).

Jika tidak mampu melakukan secara DIY, lantik seorang independent financial planner yang boleh mewakili tuan untuk mencari pelaburan terbaik berdasarkan matlamat kewangan tuan tadi. Tapi dengan cara ini sudah tentu tuan perlu membayar khidmat profesional mereka ya. Jangan fikir ianya percuma okay.