≡ Menu

6 Soalan Wajib Sebelum Membuat Pelaburan

Sebelum mula melabur, bertanyalah soalan-soalan ini.

Soalan-soalan ini penting supaya tuan keluar dari landasan yang lurus seterusnya mengelakkan dari terjebak dengan peleburan.

1. Nak Untung Banyak Mana ?

Nama pun melabur maka sudah tentu nak untung.

Jadi, berapakah jumlah yang mahu dicapai dari pelaburan yang dibuat itu pada akhirnya.

2. Bila Nak Pakai Untung Tersebut ?

Duit untung pelaburan tu nak pakai bila ?

Esok ? Minggu depan ? Bulan depan ? Tahun depan ? 5 tahun lagi ? 10 tahun lagi ?

Cara yang paling efektif adalah dengan menamakan tabung pelaburan seperti :

  • Tabung nak pergi haji
  • Tabung untuk deposit pembelian rumah
  • Tabung pendidikan anak
  • Tabung persaraan
  • Tabung percutian

Dan lain-lain tujuan yang dirasakan perlu.

3. Berapa Banyak Modal Yang Ada Di Tangan ?

Pelaburan sudah tentu kena ada modal.

Jadi, berapakah modal yang dah ada ? Atau berapakah yang sanggup diperuntukkan setiap bulan untuk tujuan pelaburan.

4. Berapa Banyak Sanggup Rugi ?

Pelabur tegar adalah pelabur yang sanggup terima kerugian.

Jadi kalau nak jadi pelabur tegar maka kena sebut jumlah yang sanggup rugi dari pelaburan yang dah dibuat.

1%... 3%... 5%... 10%... 20%... 40% ?

5. Berapakah Kos Membuat Pelaburan ?

Sorry, no free lunch.

Dah tahu belum kos yang terlibat semasa membuat pelaburan ? Ada brokerage fee, ada cukai, ada management fee malah ada juga yang menetapkan redemption fee.

6. Faham Perangai Pelaburan Tersebut ?

Pelaburan saham secara langsung ke Bursa Saham adalah berbeza dengan pelaburan saham melalui unit trust.

Malah, unit trust pun sekurang-kurangnya ada 3 kategori. Unit trust ekuiti (saham) berbeza perangai dengan unit trust fixed income. Malah, keduanya juga berbeza dengan unit trust jenis money market.

Inikan pula perangai kalau terlibat dalam futures market macam FCPO.
.

Mudah-mudahan dengan bertanyakan 6 soalan ini tuan dapat melabur dengan lebih baik seterusnya menghasilkan untung yang diperlukan untuk mencapai matlamat kewangan seperti tabung pergi haji, tabung pendidikan, tabung persaraan sehinggalah tabung cuti-cuti Eropah!

About the author: Suzardi Maulan, seorang Islamic Financial Planner. Sila klik link berikut untuk mendapatkan konsultansi kewangan & pelaburan : — Konsultansi Kewangan