≡ Menu

8 Cara Jaga Keselamatan Kad Kredit & Debit Anda

1. Simpan Di Tempat Yang Mudah Dilihat

Kad kredit & kad debit selalunya disimpan dalam dompet.

Tetapi ada masanya kita terlupa meletakannya semula di tempat yang sepatutnya. Justeru, pastikan kad-kad itu disimpan di bahagian dompet yang mudah dilihat. Jadi kita perasan sekiranya kad -kad tersebut tidak ada di tempat biasanya.

2. Ingat Pin 6 Digit Anda

Jangan tulis di mana-mana.

Hafal pin 6 digit tersebut dan dan jangan kongsikan dengan sesiapa.

3. Pastikan Nampak Kad Anda Semasa Membuat Transaksi

Semasa membuat pembayaran, pastikan mata anda sentiasa dapat melihat kad anda tersebut. Penggunaan pin 6 digit menyebabkan kita perlu sentiasa dekat dengan kad. Tidak macam dulu semasa menggunakan tandatangan.

4. Berhati-Hati Semasa Membuat Transaksi di Internet

Buat pembayaran di laman web yang menggunakan secured connection sahaja.

Browser yang bagus dapat memberikan amaran sekiranya sesuatu laman web itu mencurigakan.

5. Jangan Dedahkan Maklumat Peribadi

Kita selalu mendapat panggilan telefon dari telemarketer. Sekiranya mereka meminta maklumat berkaitan, terus tutup telefon!

6. Simpan Resit Penggunaan Kad

Ingat tarikh kita guna kad . Di mana. Berapa jumlahnya. Sekiranya berasa sukar, simpan resit. Double check apabila pengeluar kad kredit kita mengeluarkan penyata kad.

7. Laporkan Transaksi Yang Tidak Dibuat

Sekiranya ada menerima SMS yang menyatakan kita ada membuat transaksi, tetapi kita tidak pernah melakukannya. Terus hubungi pengeluar kad dan minta mereka block transaksi tersebut.

8. Laporkan Kehilangan Segera

Sekiranya kad kredit & kad debit anda tidak dapat dikesan, laporkan kehilangan secepat mungkin kepada pihak pengeluar kad.