≡ Menu

8 Pelaburan Yang Popular di Malaysia. No 7 Paling Umph!

1. Hartanah

Pelaburan hartanah disukai orang kerana ia wujud secara nyata.

Tangible asset bak kata orang Amerika.

Kekurangan pelaburan hartanah ialah sifatnya yang kurang bersifat 'cair'. Kalau kita perlukan duit segera, maka kita tak dapat jual hari ini dan terus dapat duit.

2. Real Estate Investment Trust (REIT)

REIT dalam erti kata lain adalah pelaburan hartanah yang sama macam pelaburan saham amanah.

Bezanya, REIT hanya membeli hartanah-hartanah sahaja. Melalui REIT anda berpeluang beli hartanah-hartanah mahal. Tetapi pemilikannya atas kertas sahaja, jadi jangan alihkan pasu di KLCC pula ya.

3. Saham

Sebenarnya hampir semua orang di Malaysia memiliki saham sama ada secara langsung atau tidak.

Ya, jika kita mencarum KWSP itu bermaksud kita telah terlibat dengan pelaburan saham. Pencen pesara kerajaan yang diuruskan oleh Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) juga terlibat dalam Bursa Malaysia. Tabung Haji, ASB juga banyak membeli saham.

5. Saham Amanah

Unit trust.

Pelaburan saham yang dibuat dengan melantik pihak ketiga menguruskannya untuk kita. Ada pelbagai syarikat yang ada. Ada pelbagai jenis saham amanah. Bukan semua unit trust ini beli saham sahaja. Ada juga yang beli sukuk, money market dan juga komoditi.

6. Logam Berharga

Emas & perak.

Maklumlah orang kata di mana-mana di dunia ni mesti ada orang nak beli emas & perak yang kita simpan. Apa yang orang tu tak sebut ialah, dia nak beli pada harga yang kita nak jual atau tidak ? Ho ho ho.

7. Skim Dapat Duit Tiap-Tiap Bulan

Siapa masuk dia bangang.

8. FCPO

Pasaran hadapan kelapa sawit mentah.

Jangan risau. Tak perlu ada tangki nak isi minyak sawit tu. Sebab FCPO ini adalah futures market. Individu yang masuk pasaran FCPO ini bukannya nak minyak sawit mentah itu pun. Tapi cuma nak jadi spekulator.