≡ Menu

8 Tanda Penyakit Kewangan Yang Perlu Dielakkan

Setiap penyakit ada simptom tertentu.

Penyakit berkaitan wang pun ada simptom tersendiri. Berikut adalah 7 petanda yang menunjukkan kita ada penyakit dalam urusan kewangan

1. Kad Kredit Sentiasa Habis Limit

Kad kredit Bank Siti semakin menghampiri had limit yang ditetapkan. Malangnya, kalau tidak pakai kad kredit untuk berbelanja setiap bulan, macam mana mahu terus hidup. Duit gaji memang habis bila menjelang tengah bulan. Selamat ada kad dari Cina India Melayu Bank sebagai yang limit ada lagi separuh.

2. Tabung Kecemasan Tak Pernah Cukup

Tabungan memang ada. Mula-mula memang rajin menyimpan. Masa bujang dulu, komitmen masih kecil. Tetapi bila sudah beli kereta, beli kamera dengan kad kredit, beli laptop dengan kad kredit, belanja kahwin secara berhutang, maka simpan bila ada lebih sahaja. Bila perbelanjaan lebih banyak dari pendapatan, maka mula lah usik akaun simpanan untuk bayar itu dan ini.

3. Overlap Personal Loan

Bak nyanyian Salih Yaacob:

Gali gali gali lubang. Lubang digali menggali lubang untuk menutup lubang. Tertutup sudah lubang yang lama lubang baru terbuka. Gali lubang tutup lubang. Pinjam wang bayar hutang. Gali lubang tutup lubang. Pinjam wang bayar hutang.

4. Bayar Bil Tak Habis

Mana boleh tangguh bayar, maka ditangguhkan. Selagi tidak kena potong takpelah. Asalkan masih dapat bernafas.

5. Cari Skim Lebur Duit

Desperate. Siapa tahu skim tu bayar lama dari skim-skim lain. Tak rugi cuba. Sebab tu overlap personal loan. Nak jadi modal masuk skim dapat duit tiap bulan.

6. Tidak Boleh Tidur Malam

Hutang jika tidak diuruskan dengan betul, boleh menyebabkan hidup kita tidak tenang. Barangkali kerja pun mula tidak fokus dan tidur pun jadi tidak lena kerana banyak memikirkan hutang dan masalah kewangan lainnya. Ini memang bahaya!

7. Bergaduh Dengan Pasangan

Kes-kes penceraian ada banyak berkaitan dengan isu harta. Na'uzubillah. Jadi, bila ada masalah kewangan, hutang, maka kita perlu bawa berbincang dengan suami-isteri untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ia mesti dibincangkan secara terbuka dan bukan simpan sahaja sampailah hanya menunggu masa untuk meletup.

8. Mencari "Easy" Loan

Kad kredit dah habis limit. Pembiayaan peribadi juga sudah overlapping. Tetapi masalah wang masih tidak selesai. Kita pun mencari-cari peluang skim pinjaman dan pembiayaan mudah yang tidak perlu tengok CCRIS, CTOS, blacklist dan sebagainya. Silap haribulan, meminjam dengan along. Kami cuma mau tolong maa!