≡ Menu

Apa Perlu Buat Sekiranya Status Saham Telah Berubah Menjadi Tidak Patuh Shariah ?

Sekiranya tuan ada membeli saham patuh Shariah.

Kemudian statusnya bertukar menjadi tidak patuh Shariah. Dan tuan tidak tahu apa yang perlu dibuat, maka nota ini adalah untuk tuan.

Contoh Situasi Perubahan Status Shariah Saham

Pada tahun 2005, kita beli saham syarikat yang patuh Shariah dengan harga RM 1.00, dan pada 26 Mei 2011 harganya sudah jadi RM 2.37 dan pada 27 Mei 2011, Suruhanjaya Sekuriti isytihar status syarikat tersebut sudah jadi tidak patuh Shariah.

Situasi Tengah Untung

Pada 9 Jun 2011, kita baru perasan statusnya halalnya sudah berubah dan harga naik pula menjadi RM 2.50. Maka, kita perlu jual segera dan pendapatan yang halal dan wajib zakat ke atas kita adalah cuma sehingga nilai RM 2.37.

Maka, untung 13 sen itu tidak boleh diambil tetapi perlu dibersihkan (cleansing) dengan menyumbangkan bahagian untung tersebut untuk tujuan kebajikan.

Situasi Tengah Rugi

Seandainya pada 9 Jun 2011 itu kita baru perasan dan mendapati harga telah menjadi RM 0.70 sahaja.

Maka ada 2 pilihan yang dapat dibuat.

  1. Jual
  2. Boleh hold sehingga harga kembali menjadi RM 1.

.

Mudah-mudahan nota ini memberikan manfaat kepada sekalian pelabur saham.