≡ Menu

Apa Yang Tuan Perlu Tahu Tentang Urus Pelaburan Saham Sendiri?

1. Di Bursa Malaysia, ada lebih 900 syarikat yang sahamnya boleh dijual beli. Jika analisa 1 hari 1 saham, ia dapat ambil masa 3 tahun.

2. Oleh sebab itu pelabur saham tegar ada sistem sendiri mencari saham apa nak beli? Jika tidak ada, tuan dan puan boleh mula baca Nota Untuk Pelabur Saham baru.

3. Analisa saham bukan sekadar copy paste data kewangan dalam spreadsheet. Itu baru kumpul data. Kumpul data pun perlu tengok data yang lepas sekurang-kurangnya 5 tahun. Bukan sekadar 1 tahun.

4. Lepas data-data tu dah dikumpulkan, buat kiraan. Keluar lah macam-macam financial ratio. EPS. DE ratio. Current ratio. PE ratio. NTA. Growth rate. Intrinsic value. Banyak ratio yang ada, nak analisa guna yang mana?

5. Entah macam mana, dapat 10 syarikat yang dikatakan melepasi syarat-syarat dan jadi good buy call. Tuan kena construct portfolio saham tu. Perlu pandai buat keputusan, sama ada patut beli semua 10 syarikat tu sekaligus atau beli 5 sahaja dulu.

6. Lepas tu tuan beli saham. Ingatkan fundamental dah bagus, harga saham mencanak naik. Rupa-rupanya harga saham syarikat fundamental yang dikatakan tak berapa bagus itu yang naik dulu. Naik banyak pula tu. Maka tuan kena yakin dengan analisa yang dah dibuat.

7. Bukan sekadar itu, harga saham yang dibeli itu pula tiba-tiba jatuh. Bukan sikit-sikit jatuh. Dekat 30% berlaku kejatuhan harga. Modal dari RM 100 ribu tinggal RM 70 ribu. Sekiranya analisa tuan itu betul, jangan cut loss.

8. Saham yang dibeli itu pada mulanya patuh Shariah. Tiba-tiba Suruhanjaya Sekuriti umumkan saham tu berubah status jadi tidak patuh Shariah. Harga saham pula baru bergerak. Ikut analisa mampu untung besar. Pada saat itu, tuan sedang diuji. Nak utamakan potensi profit atau terus jual ?

9. Saham-saham yang tuan beli banyak yang beri dividen. Tuan juga perlu ada catatan pasal semua untung hasil dari dividen yang diterima selain ambil tahu untung capital gain sahaja.

10. Tiap-tiap tahun syarikat keluarkan penyata kewangan. Laporkan prestasi perniagaan terkini. Kena masukkan data baru, update financial ratio, kena kemaskini analisa. Rupa-rupanya fundamental dah berubah. Tuan perlu jual saham itu walaupun saham tersebut menunjukkan kerugian dalam portfolio.

11. Ada saham yang dah buat untung. Nak jual ke nak hold? Kalau hold takut harga jatuh semula. Kalau jual, nak ganti dan beli dengan saham yang mana pula?