≡ Menu

Apakah Pelaburan Terbaik ? Buat 4 Langkah Ini

1. Kita perlu membuat pelaburan. Tetapi ini tidak bermaksud kita kena masuk sahaja apa-apa pelaburan.

2. Pelaburan adalah pelaburan yang sesuai dengan diri kita. Ini kerana sekiranya data menunjukkan saham lebih untung dari hartanah sekalipun tetapi tuan tidak boleh tahan dengan volatilty pasaran saham, maka akhirnya tuan tetap buat rugi.

3. Sebelum membuat satu pelan pelaburan, sila tulis 4 perkara ini.

  • Usia
  • Senarai tanggungan
  • Kira cashflow (gaji - belanja)
  • Kira net worth (harta - hutang)

3. Secara umum, orang lebih muda mampu menjadi lebih agresif berbanding orang lebih tua. Tetapi tidak semestinya begitu. Kerana orang tua yang lebih berani pun ramai.

4. Begitu juga sekiranya mempunyai tanggungan yang lebih kecil dan masih bersekolah. Mereka yang tidak lagi mempunyai tanggungan sebegitu, mempunyai kelebihan tersendiri.

5. Kiraan cashflow dan net worth itu pula bertujuan supaya tuan dapat membuat sasaran yang realistik. Sekiranya bermodalkan cuma RM 1 ribu, maka janganlah mimpi untuk menjadi jutawan dengan pelaburan.

6. Seterusnya dari kiraan tersebut, seandainya tuan mempunyai RM 100 ribu investable assets. Seandainya selepas melabur nanti nilainya jatuh menjadi RM 50 ribu sahaja. Apakah tuan dapat menangani stress melihat kejatuhan portfolio pelaburan ?

7. Persoalan seterusnya juga ialah berapa lama tuan mahu RM 100 ribu tadi bekerja untuk anda ? 5 tahun, 15 tahun, 30 tahun ? Sekiranya tuan mahu RM 100 ribu menjadi RM 1 juta dalam masa 5 tahun itu bermaksud pelaburan tadi mesti memberi pulangan 60% setahun!

8. Dengan kemahiran yang betul, barangkali sasaran tersebut dapat dicapai. Masalahnya ramai yang mahu mencapainya dengan hanya duduk diam-diam. Apakah tuan mampu memberikan komitmen masa dan juga telah mempunyai kemahiran melabur sebegitu ?

9. Sekiranya tuan dapat membuat pengorbanan masa dan bersedia untuk menambah kemahiran melabur, maka sila teruskan. Jika tidak mampu melakukannya maka sasaran tadi perlu diubah supaya menjadi lebih realistik dengan situasi diri sendiri.

10. Ilmu dan kemahiran berkadar langsung dengan return on investment. Jika tidak ada, maka diversification adalah pilihan yang lebih baik.