≡ Menu

Bagaimana Membuat Pelaburan Unit Trust ?

Pelaburan dalam unit trust kena bermula dengan menentukan asset allocation.

Apakah yang dikatakan sebagai asset allocation ? Begini.

Sekiranya tuan membuat pelaburan tunai RM 200 ribu, maka tuan kena buat keputuan untuk membuat perkara ini:

  • Berapa % dilaburkan dalam equity fund.
  • Berapa % dilaburkan dalam fixed income fund.
  • Berapa % dilaburkan dalam money market fund.

Jangan beli unit trust dengan cara ini:

  • Hanya bersandarkan past performance; unit trust fund mana yang dapat beri return paling tinggi pada tahun-tahun lepas.
  • Hanya disebabkan gimik marketing sahaja.
  • Sebab dipengaruhi kata-kata yang menjanjikan keputusan masa depan seperti, "Beli ABC fund, lepas 10 tahun dapat RM xxx,xxx.

Cara-cara ini bersalahan dengan logik seorang pelabur sebenar.

Logik seorang pelabur sebenar ialah dia mengambil masa untuk  membuat satu bakul pelaburan yang unik. Bakul tadi mesti mempunya asset allocation yang sesuai dengan sasaran kewangan dan risk profile.

Selepas pelabur dah tahu asset allocation yang sesuai dengan diri sendiri. Barulah pelabur membeli unit trust yang bersesuaian.
.

Asset allocation ini dapat berubah-ubah mengikut. Sebagai contoh.

Pelabur unit trust yang kurang agresif dan tidak sanggup ambil lebih risiko maka pelabur seperti ini seharusnya mengurangkan pegangan dalam unit trust equity lebih-lebih lagi small-cap fund.

Tetapi apabila merujuk balik kepada matlamat kewangan, mahu tidak mahu pelabur tadi perlu lebih agresif. Sekiranya tidak besar kebarangkaliannya matlamat kewangan itu tidak dapat dicapai.

Begitu juga seorang pelabur yang masih muda secara umumnya mampu menjadi pelabur yang lebih agresif. Apabila usia sudah meningkat dan telah sampai usia persaraan, maka ketika itu menjadi pelabur agresif bukan lah lagi satu keutamaan.

Hal-hal seperti ini juga memainkan peranan dalam menentukan asset allocation sesebuah bakul pelaburan kita.