≡ Menu

Bagaimana Nak Jadi Pelabur Saham Jutawan ?

Warren Buffett dan Charlie Munger adalah 2 orang pelabur saham billionaire.

Saya percaya semua pelabur tegar mesti tahu pasal mereka berdua ini.

Kita tengok secara ringkas bagaimana mindset mereka berdua sebagai seorang pelabur saham.

  • Pelaburan saham sebagai tempat membeli bisnes yang wonderful.
  • Bisnes yang wonderful menghasilkan keuntungan berlipat ganda untuk jangka masa panjang jadi beli pada fair price pun ok.
  • Sabar kena 200% sebab pelaburan saham mengambil masa.

.

Stori formula pelaburan mereka berdua ni sebenarnya dah banyak ditulis di internet. Tapi sebenarnya bukan formula itu sangat yang jadikan mereka billionaire. Tetapi perkara ini.

Saya mulakan dengan stori Warren Buffett (WB) dulu.

  • WB berniaga macam-macam. Dari air coke, chewing gum sampailah bola golf.
  • WB bukan jurujual yang hebat sebab itulah WB berhenti jadi broker saham di syarikat ayah dia Buffett-Falk & Company dan mula berkuli dengan mentornya, Ben Graham.
  • Dari situ, dah cukup savings yang boleh cover perbelanjaan selama 14 tahun barulah dia fokus dalam dunia pelaburan.

.

Ini pula stori pasal Charlie Munger (CM).

  • Merupakan seorang peguam, nama firma guamannya ialah Munger, Tolles & Olson LLP.
  • Dia juga terlibat dalam projek-projek hartanah.
  • Dari situ dia jadi kaya raya dan selepas itu barulah dia menjadi partner kepada Warren Buffett dalam Berkshire Hathaway.

.

Nampak tak ?

Jadi minta maaf lah kalau ada yang claim, janji pada orang Melayu, rakyat Malaysia yang kita semua dapat jadi jutawan saham ni.

Sebabnya:

1. INCOME

Kena ada income yang secukupnya dulu. Tak kisahlah kerja makan gaji ke, golongan profesional ke atau berbisnes sendiri.

Yang penting lepas ada income bulanan, cukup duit belanja untuk keperluan hidup, dapat buat emergency savings dulu. Dah lepas yang itu terus laburkan.

Licensed financial planner macam saya tak boleh nak bantu bab tambah income tiap bulan ni.

2. RETURN

Return pelaburan WB dan CM ialah dalam sekitar 20% setahun sahaja.

Ada diorang kisah dengan janji untung tiap bulan dapat 10% sebulan. Takde! Sebab simpanan keperluan asas untuk hidup itu dah cukup.

Jadi mereka boleh melabur dengan hati yang tenang untuk jangka masa panjang. Return macam itu pun tetap dapat jadi billionaire.

Orang yang minat melabur hangat-hangat tahi ayam ni boleh ke dapat return macam itu ? Terus terang saya cakap tak boleh.

WB dan CM keduanya adalah kaki membaca. Dari situ mereka dapat banyak ilmu, informasi dan idea bisnes & pelaburan.

Tahun ini dah berapa banyak tajuk buku kita khatam ?

3. REALISTIK

Pelabur tegar mesti dapat jumpa formula yang WB dan CM guna.

Itu tak susah sangat. Yang lebih susah adalah nak jadi sabar macam mereka berdua.

Mereka berdua tak kisah kalau harga saham jatuh. Malah pada Oktober 1987, saham Berkshire Hathaway mereka susut 25%.

Black Monday 1987 tu menjatuhkan banyak harga saham. Apa yang mereka buat? Jual saham-saham mereka dan beli bon atau emas ? Tak. Mereka beli saham Coca-Cola pada 1988!
.

Atas faktor sebegini WB mencadangkan pelabur lebih baik melabur dalam pelaburan indeks sahaja.

Pada 2007, WB pilih Vanguard S&P 500 index fund.

Sehingga 2016, kenaikannya adalah sebanyak 85.4%.

Return tersebut sebenarnya adalah lebih kurang return ASB.
.

Sebab itu saya suka cadangkan matlamat paling asas ialah simpan duit dalam ASB sampai penuh.

Kemudian laburkan selebihnya dengan construct portoflio indeks.

Itulah yang saya sering pesan kalau tak mampu nak beri komitment penuh urus pelaburan saham sendiri.

About the author: Suzardi Maulan, seorang Islamic Financial Planner. Sila klik link berikut untuk mendapatkan konsultansi kewangan & pelaburan : — Konsultansi Kewangan