≡ Menu

Bagaimana Orang Sibuk Melabur Dalam Pasaran Saham ?

Beli saham = beli ekuiti perniagaan.

Selalunya pelabur membeli saham syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Sebaiknya tuan uruskan pelaburan saham sendiri, jika tidak ada masa maka lantiklah syarikat yang berlesen untuk menguruskannya.

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu tuan tahu berkaitan pelaburan saham.

1) Untuk Individu Yang Ada Masa - Urus Sendiri

1. Buka akaun dengan mana-mana syarikat broker yang berlesen dengan berjumpa wakil mereka iaitu remisier atau dealer.

2. Modal itu kena ikut poket masing-masing. Sebagai permulaan RM 3000 - RM 5000 itu satu jumlah yang baik sebelum menambahnya pada kemudian hari.

3. Kemudian tuan kena tahu cara-cara membuat analisa bisnes sesebuah syarikat sebelum membeli sahamnya.

4. Beli saham itu senang, yang susah adalah nak jaga emosi diri sendiri selepas dah mula beli saham.

5. Tuan juga perlu ada sistem yang baik untuk menguruskan portfolio pelaburan itu sendiri seperti membuat allocation of capital, rekod penerimaan dividen dan strategi reinvestment.

2) Untuk Individu Yang Tidak Ada Masa - Hire Professional

Sekiranya tidak ada masa urus pelaburan saham sendiri, tuan dapat melabur dengan modal tuan diuruskan oleh syarikat pengurusan aset yang berlesen.

Syarikat pengurusan aset dapat menawarkan pembelian saham menerusi produk-produk seperti:

  1. Unit trust
  2. Private managed fund
  3. Exchanged traded fund (ETF)
  4. Wholesale fund

Apakah yang dimaksudkan dengan 4 cara pelaburan ini ?

1. Unit trust jenis ekuiti adalah cara melabur saham yang paling mudah dan murah.

Unit trust yang diuruskan oleh ASNB iaitu ASB adalah unit trust yang paling popular.

Selain produk-produk ASNB, pelabur dapat beli unit trust dengan berjumpa dengan unit trust consultant yang mewakili syarikat tertentu.

Pemegang lesen pasaran modal tertentu macam licensed financial planner pula dapat mewakili pelabur untuk membuat pilihan tanpa terikat dengan mana-mana syarikat secara spesifik.

Hari ini juga pelabur sudah ada pilihan untuk membuat pembelian secara online.

2. Sekiranya tuan mempunyai modal yang lebih besar, tuan juga ada pilihan untuk melabur saham menerusi private managed fund.

Fund manager berlesen akan membuat pelaburan tersebut untuk tuan. Untuk memulakannya, tuan perlu engage dahulu pemegang lesen pasaran modal seperti licensed financial planner.

3. Tuan juga dapat membeli "unit trust" yang dijual di Bursa Malaysia iaitu dengan membeli ETF.

Pelaburan ETF juga kosnya adalah rendah dan mudah.

Cara beli ETF adalah sama seperti membeli saham kerana ianya disenaraikan di Bursa Malaysia. Hubungi dealer / remisier tuan untuk maklumat lanjut.

4. Wholesale fund pula adalah "unit trust" khusus untuk sophisticated investor.

Bukan semua pelabur dapat melabur menerusi wholesale fund.

Wholesale fund adalah untuk individu yang mempunyai sekurang-kurangnya RM 3 juta untuk dilaburkan, mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM 300 ribu setahun atau RM400 ribu setahun jika bersama dengan pasangan.
.

Sekiranya tuan-puan berminat untuk mendapatkan khidmat profesional berlesen yang disebutkan, sila hubungi kami melalui link ini: http://wasap.my/60126979982 atau hubungi 0392079780(Pn Suhaida)