≡ Menu

Bagus Ke Buat Pembiayaan Loan ASB ?

1. Simpan duit dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) tiap bulan bagus. Tetapi perhatikan cara kiraan dividen & bonus ASB dengan teliti, maka simpan duit tiap-tiap bulan dalam ASB menyebabkan tak dapat untung yang optima selaras dengan pegumuman dividen & bonus tahunan.

2. Situasi jadi berbeza sekiranya ada RM 100 ribu dan terus letak dalam ASB. Keuntungan yang diperoleh adalah lebih optima kalau nak banding regular savings.

3. Tapi berapa ramai orang yang sanggup ikat perut sampai ada simpanan RM 100 ribu dijadikan modal pelaburan ? Ramai orang mahu ada RM 100 ribu untuk beli macam-macam barang yang dia suka, bukannya untuk melabur.

4. Jadi sebab nak tolong orang Bumiputera yang susah nak ada RM 100 ribu dijadikan modal pelaburan pakai duit sendiri, maka PNB pun membenarkan bank keluarkan produk pembiayaan ASB.

5. Petir, seorang Melayu. Peliknya Petir ni, RM 100 hutang dengan kawan sampai 10 tahun tak mampu bayar. Suruh simpan RM 10 sebulan dia punya alasan, habis 100 helai kertas A4 dia tulis. Tapi apabila Petir berhutang dengan bank RM 100 ribu dan terus disimpan dalam ASB, dia ok. Tiba-tiba dia mampu membayarnya.

6. Maka, dengan adanya produk pembiayaan ASB, Petir terus dapat ada modal RM 100 ribu. Mudah-mudahan Petir dapat jadi pesara jutawan selepas 30 tahun dengan modal tersebut. Kalau tak dapat jadi jutawan, jadi semi-jutawan pun sudah bagus.

7. Malangnya, kalau Petir gunakan dividen ASB yang digunakan tiap tahun untuk bayar hutang pembiayaan ASB, maka Petir takkan dapat jadi jutawan. Semi jutawan pun tak dapat capai.

8. Begitu juga kalau Petir buat pembiayaan ASB lebih dari kemampuan sepatutnya. Apa yang tetap dalam ASB cuma harganya sahaja, RM 1. Dividen & bonus tidak tetap. Kadar dividen & bonus turun dan naik. Sepatutnya Petir buat ikut kemampuan gaji bulanan.

9. Begitu juga kalau Petir lupa ambil kira tentang kadar kos pembiayaan ASB yang turun naik. Ada masa kos pembiayaan naik, ada masa kos pembiayaan rendah. Cashflow bulan-bulan pun boleh tercekik kalau tak ambil kira kos pembiayaan ini.

10. Itulah tentang pembiayaan ASB. PNB dapat penuhi hasrat kerajaan untuk meningkatkan ekuiti Bumiputera. Bank pun dapat buat untung. Pelabur pun dapat menggandakan modal pelaburannya selepas 25 tahun beberapa kali ganda, dengan syarat dividen dilaburkan semula.