≡ Menu

Bayar Hutang Awal Untuk Buat Tabung Persaraan

Selesaikan semua hutang cepat-cepat adalah salah satu strategi tabung persaraan.

Buat begini.

  1. Senaraikan semua baki hutang
  2. Hutang yang bakinya paling sedikit diletakkan dalam senarai paling atas.
  3. Susun sehingga hutang yang bakinya paling banyak dalam senarai paling bawah.
  4. Buat tabung si hijau (RM 5) atau tabung si oren (RM 20) dan namakannya sebagai tabung langsai hutang.
  5.  Setiap 6 bulan, keluarkan duit tabungan tersebut untuk bayar hutang yang paling sedikit terlebih dahulu.
  6. Sekiranya mendapat bonus tahunan, gunakan separuh dari bonus yang diterima untuk buat bayar hutang.
  7. Ulang langkah 1-6 sehingga senarai hutang-hutang tersebut dapat diselesaikan.