≡ Menu

Beli Unit Trust Secara Online

Salam tuan,

Saya nak tanya.

Apa pendapat tuan tentang website pelaburan di www.fundsupermart.com.my

Saya dah beberapa tahun melabur di sana. Saya melabur di *** *** Growth Fund.

Mohon pendapat tuan. Terima kasih

MZMF.
.

Pembelian unit trust dapat dibuat melalui salah satu dari 5 channel distribution berikut.

1. Unit trust consultant (paling biasa sebab ada ~60 ribu ejen)
2. Bank
3. Fund management companies
4. Financial planners (cuma ada dalam ~700 orang)
5. Online platform

Website yang tuan maksudkan itu adalah yang no (5).

Kesemua distribution channel ini mestilah mempunyai Capital Markets Services Licence (CMSL) atau Capital Markets Services Representative's Licence (CMSRL) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan, atau, berdaftar dengan Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM).

Selain membaca di 'About Us' semakan yang lebih terperinci dapat dibuat dengan menghubungi SC dan FIMM.

About the author: Suzardi Maulan merupakan seorang Islamic Financial Planner yang dapat membantu tuan membuat retirement planning. Klik sini untuk info lanjut