≡ Menu

Buat 7 Perkara Ini Sebelum Beli Bitcoin

Menjelang 2018, the hottest "investment" - bitcoin.

Sebabnya dengan membeli $100 bitcoin pada 2011, ketika nota ini ditulis pada hujung 2017 , bergantung kepada rujukan harga yang diguna, nilai "pelaburan" sudah menjadi menjadi lebih dari $3 juta.

Sekiranya saudara pembaca membelinya pada harga tersebut, ok lah. RM 300-400 itu dapat dianggap sebagai satu jumlah yang most people can afford to lose. Tapi bila sudah naik harganya lebih dari $10 ribu, maka itu bermaksud nak untung 100% sahaja harga bitcoin perlu naik jadi $20 ribu. Kalau beli pada $15 ribu, kena jadi $30 ribu.

Sebelum beli fikir, pada harga berapa nak jual ?

Jadi apakah saudara pembaca patut terlibat dalam bitcoin ? Pastikan dah buat perkara ini:

  • Dah cukup simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk 6 bulan
  • ASB dah penuh
  • ASB2 dah penuh
  • Atau, duit dalam Tabung Haji dah lebih dari RM 200 ribu
  • Dah execute retirement plan
  • Education fund untuk anak dah ada
  • Hutang-hutang pun dah habis bayar

Maka lepas dah buat semua itu masih ada lebihan tunai, maka apakah jumlah yang saudara pembaca sanggup rugi 100% kalau nak buat beli bitcoin?

Bitcoin adalah speculative in nature. Beli bitcoin bukan aktiviti pelaburan. Apakah saudara benar-benar faham tentang risiko 'spekulasi' sebegini ? Lebih-lebih lagi bila sudah diwujudkan pasaran bitcoin futures.

Ini kerana menurut Jack Bogle:

"Bitcoin has no underlying rate of return," Bogle continued. "You know bonds have an interest coupon, stocks have earnings and dividends, gold has nothing. There is nothing to support bitcoin except the hope that you will sell it to someone for more than you paid for it."

Pesanan akhir.

Sila google 'Dutch Tulip mania'.