≡ Menu

Cara Nak Buat Untung Besar Dalam Pelaburan

Al-ghurm bil ghunm.
Returns are justified by taking risks.
Keuntungan datang bersama risiko.

Untung datang bersama risiko. Iaitu risiko yang telah diuruskan.

Rugi pun datang bersama risiko, iaitu risiko yang diambil membabi buta.

​​​​​​​Kita perlu menerima hakikat sebarang aktiviti pelaburan mesti mempunyai risiko. Pasti terkena rugi juga. Rugi hasil calculated risk adalah jalan yang perlu ditempuh sepanjang perjalanan kita melabur. Namun kita mesti tahu rugi itu tidak bermaksud gagal.

Apa itu Pelaburan High Skill, High Return ?

Begini.

Ambil 2 syiling 50 sen yang lama dan ambil 1 syiling 5 sen.

Apa yang selalu diberitahu, untuk harapan dapat 50 sen, risikonya perlu 50 sen. [Letak sebelah-sebelah]

Sedangkan untuk harapan dapat 50 sen, boleh sahaja risikonya cuma 5 sen. [Sekarang ganti syiling 5 sen dengan satu syiling 50 sen].

Bagaimana caranya?

Iaitu dengan terlibat dalam aktiviti pelaburan yang kita benar-benar faham dan mempunyai kemahiran melabur yang betul. Apabila sudah faham & mahir, maka risiko 50 sen itu tadi mengecil menjadi 20 sen. Bertambah faham dan mahir, menjadi sekecil 10 sen pula. Semakin mahir, menjadi sekecil 5 sen.

Risiko tidak dapat hilang. Ia cuma dapat dikawal, atau dipindahkan. Semuanya memerlukan ilmu & kemahiran.