≡ Menu

Dividen KWSP 2017; Simpanan Shariah 6.4%

Dari FAQ:

Kadar Dividen 2017 untuk Simpanan Konvensional (SK) adalah 6.90 peratus dan Simpanan Shariah (SS) adalah 6.40 peratus.

Mengapa terdapat perbezaan antara dividen SK dan SS?

Kedua-dua kadar dividen yang diisytiharkan mencerminkan prestasi sebenar pelaburan bagi kedua-dua simpanan tersebut.

Walaupun SS dan SK menerima pendapatan Syariah mengikut bahagian masing-masing, SK turut menikmati pendapatan daripada pelaburan dalam aset bukan Syariah. Antara pelaburan dalam aset bukan Syariah adalah pelaburan dalam sektor kewangan yang telah merekodkan prestasi yang baik pada 2017 seterusnya menyebabkan perbezaan antara dividen SK dan SS.

Walaupun akan wujud perbezaan dari segi pulangan jangka masa pendek, pulangan dalam jangka masa panjang bagi SK dan SS adalah dijangka hampir sama kerana objektif dan strategi pelaburannya adalah sama.

About the author: Suzardi Maulan, IFP, merupakan seorang licensed financial planner. Klik untuk baca nota ini: 5 Benda Orang Tanya Pasal Penama Waris Di Seminar Saya