Kadar Dividen 2018 untuk Simpanan Kovensional (SK) adalah 6.15 peratus manakala Simpanan Shariah (SS) adalah 5.90 peratus. Jumlah agihan keseluruhan dividen turun sebanyak 1.70 peratus berbanding 2017.
Purata Kadar Dividen Sebenar
Kadar purata sebenar bagi 3 tahun berturut-turut adalah 3.93 peratus utk SK dan 3.68 peratus untuk SS. Dengan itu, KWSP telah menjangkaui mandatnya untuk mengisytiharkan 2.50 peratus dividen setiap tahun dan tidak kurang dari 2.00 peratus bagi dividen sebenar untuk purata 3 tahun.
2018 Tahun Mencabar
Secara umumnya, agihan dividen ini masih lagi dikira baik memandangkan tahun 2018 adalah tahun yang sukar dengan ketidaktentuan dan trend penurunan pasaran global.
Jika dibandingkan dengan peningkatan trend pasaran pada tahun 2017, perbezaannya ketara iaitu kesemua indeks saham mencatatkan pulangan negatif. Indeks FBMKLCI jatuh 6.00 peratus, indeks ekuiti pasaran sedunia pula jatuh sekitar 9.00 sehingga 16.00 peratus.
Untuk pengetahuan, portfolio utama KWSP merangkumi 57.55 peratus dalam Ekuiti, 36.13 peratus dalam instrumen pendapatan tetap. Bakinya pula dalam hartanah & infrastruktur dan instrument pasaran wang.
Namun, KWSP kekal komited dan yakin dengan strategi jangka panjang dan kepelbagaian portfolionya mampu terus berdaya tahan untuk memberikan pulangan yang memberangsangkan.