≡ Menu

Ganjaran Terbitan, Pencen Terbitan Bukan Harta Pusaka

Pencen terbitan merupakan suatu faedah persaraan yang dibayar setiap bulan kepada balu atau duda, dan anak anggota berpencen atau pesara yang telah meninggal dunia.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-21 yang bersidang pada 12 Sep 1988 telah membincangkan Ganjaran Terbitan Dan Pencen Terbitan. Muzakarah telah memutuskan bahawa ganjaran terbitan dan pencen terbitan tidak termasuk sebagai harta pusaka, maka kaedah pembahagiannya tidak tertakluk kepada kaedah pembahagian harta pusaka.

Terima kasih kepada Ustaz Hadi Rofiee yang berkongsikan maklumat ini dalam blog beliau.

Beliau juga mengulas isu-isu berikut, mudah-mudahan kita dapat membezakan harta yang diterima semasa hidup DAN harta yang diterima selepas mati.

  • Isu wang sedekah yang diterima dari kenalan, saudara mara oleh pihak keluarga selepas kematian seseorang. Bayangkan tabung segera yang berbentuk jag air.
  • Duit pencen dalam akaun bank / tangan si mati.
  • Duit simpanan si mati
  • Duit pencen yang diterima selepas kematian.

Sumber: Adakah Wang Pencen Dikira Sebagai Harta Pusaka?

About the author: Anda TAK OK dengan pelaburan yang dibuat sekarang dan mahu membetulkannya ? Jika YA, sila klik link ini — Investment Workshop