≡ Menu

Jangan Urus Pelaburan Saham Sendiri

1. Bukan semua orang patut menguruskan saham sendiri.

2. Ada lebih 900 syarikat yang sahamnya boleh dibeli di Bursa Malaysia. Jika nak analisa satu persatu saham yang ada, ambil masa 3 tahun. Tuan ada masa ?

3. Jangan ingat analisa saham ini sekadar ambil data dan copy paste dalam spreadsheet. Itu baru kumpul data. Kumpul data pun perlu tengok data yang lepas sekurang-kurangnya 5 tahun. Tuan sanggup nak buat ?

4. Lepas data-data tu dah dikumpulkan, baru buat analisa. Keluar lah macam-macam financial ratio. EPS. DE ratio. Current ratio. PE ratio. NTA. Growth rate. Intrinsic value. Dan macam-macam lagi lah kiraan yang pelik-pelik. Tuan faham kah semua financial ratio tu ?

5. Entah macam mana, dapat 10 syarikat yang dikatakan melepasi syarat-syarat dan jadi good buy call. Macam mana nak construct portfolio saham tu ? Beli semua 10 syarikat tu sekaligus atau beli 5 sahaja dulu ? Tuan pandai nak construct investment portfolio sendiri ?

6. Lepas tu tuan beli saham. Ingatkan fundamental dah bagus, harga saham mencanak naik. Rupa-rupanya harga saham syarikat fundamental yang dikatakan tak berapa bagus itu yang naik dulu. Banyak pula tu. Tuan sanggup berpegang teguh pada teknik pelaburan tuan pada ketika itu atau nak melompat kepada cara lain pula ?

7. Bukan sekadar itu, harga saham yang dibeli itu pula tiba-tiba jatuh. Bukan sikit-sikit jatuh. Dekat 30% berlaku kejatuhan harga. Modal dari RM 100 ribu tinggal RM 70 ribu. Apakah tuan sanggup tengok situasi harga saham jatuh tanpa rasa nak menjual i.e. cut loss ?

8. Saham yang dibeli itu pada mulanya patuh Shariah. Tiba-tiba Suruhanjaya Sekuriti umumkan saham tu berubah status jadi tidak patuh Shariah. Harga saham pula baru bergerak. Ikut analisa mampu untung besar. Tuan nak utamakan potensi profit atau terus jual ?

9. Saham-saham yang tuan beli banyak yang beri dividen. Tuan ada catatan pasal semua untung hasil dari dividen yang diterima atau hanya ambil tahu untung capital gain sahaja ?

10. Tiap-tiap tahun syarikat keluarkan penyata kewangan. Laporkan prestasi perniagaan terkini. Kena masukkan data baru, kena kemakini analisa. Rupa-rupanya fundamental dah berubah. Tuan sanggup jual saham tu dan move on ? Dah la masih belum buat untung!