≡ Menu

Kenali Apa Itu Unit Trust

Unit trust adalah sejenis collective investment product.

Maksudnya Najib, Mahathir, Azizah, Azmin dan Lim boleh membeli unit trust yang sama. Dana PRU14-i namanya. Malah bukan mereka berlima sahaja, semua orang boleh membelinya.

Lawannya ialah customized investment services.

Unit Trust Ada Pelbagai Kategori

Pelaburan unit trust tidak terhad kepada pelaburan dalam pasaran saham semata-mata.

Selain membuat pelaburan dalam pasaran saham, unit trust juga membeli bon, yang dikenali sebagai sukuk bagi bon patuh Shariah atau membuat pelaburan dalam money market.

Berikut ialah keterangan lanjut tentang jenis-jenis unit trust.

1. Unit Trust Kategori Ekuiti

Unit trust yang majoriti pelaburannya dalam pasaran saham disebut unit trust jenis ekuiti.

Kemudiannya ada yang fokus dalam pelaburan untuk syarikat-syarikat bluechip yang juga dikenali sebagai big-cap fund.

Sebahagiannya fokus kepada pelaburan untuk syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana (small to medium cap). Definisi umum syarikat-syarikat bersaiz small to medium cap ini syarikat yang bersaiz (market capitalization) lebih dari RM 200 juta tetapi kurang dari RM 2 bilion.

Unit trust juga dibenarkan membuat dana yang khusus melabur di luar negara seperti China, Jepun, Asia Pasific dan lain-lain.

Lazimnya pelaburan dalam unit trust jenis ekuiti berpotensi memberikan pulangan pelaburan yang paling tinggi dibandingkan dengan kategori unit trust yang lain.

Pelabur unit trust ekuiti mestilah bersedia mengambil lebih risiko, mempunyai risk profile yang agresif dan sanggup menghadapi volatility pasaran.

2. Unit Trust Jenis Bon / Sukuk

Bon atau bon patuh Shariah (sukuk) ialah satu instrumen kewangan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau syarikat.

Pemegang bon beri duit kepada syarikat / kerajaan yang mengeluarkan bon tersebut dalam bentuk 'hutang'. Maka 'hutang' itu pun dibayar balik ikut jadual yang tetap.

Tujuan penerbitan bon adalah sama dengan penerbitan saham iaitu bertujuan untuk mendapatkan modal. Perbezaannya pemegang saham tidak mendapat apa-apa jaminan pendapatan. Manakala pemegang bon pula mendapat pendapatan tetap.

Pelabur unit trust fixed income kebiasaannya adalah individu risk profile dari sederhana ke rendah.

3. Unit Trust Jenis 'Balanced'

Unit trust ini adalah gabungan antara ekuiti + fixed income.

Maksudnya, sebahagian modal berpeluang mendapat pulangan dari ekuiti dan sebahagian modal pula mendapat pulangan dari bon / sukuk.

Pelabur unit trust balanced kebiasaannya adalah individu yang mempunyai risk profile yang sederhana.

4. Unit Trust Jenis Money Market

Money market adalah instrumen kewangan jangka masa pendek.

Unit trust money market yang Shariah compliant membuat placement antaranya menerusi:

  • Commodity murabahah (tawarruq)
  • Mudarabah Investment Account
  • Wakalah Investment
  • al-Mudarabah Interbank Investment
  • Government Investment Issue
  • Cagamas Mudarabah Bonds
  • Islamic Accepted Bills

Antara kelebihan money market fund ialah risiko yang sangat rendah, berpotensi memperoleh return lebih tinggi dari Fixed Deposit yang ditawarkan bank, pembayaran keuntungan secara bulanan dan tax free.