≡ Menu

Kaya Gaji Belum Tentu Kaya Harta

Sistem sekolah ada ajar kita cara-cara jadi kaya.

Iaitu dengan memperkenalkan A,B,C 1,2,3 dan seterusnya membolehkan kita membaca dan mengira. Tidak ketinggalan subjek alif ba ta supaya pandai dalam bahasa kedua dan ketiga.

Siapa yang cekap dapat masuk universiti dan seterusnya belajar dalam kursus-kursus yang bersifat profesional. Habis belajar, mereka pun beramal dengan kursus profesional tadi.

Maka jadilah kita penjual otak seperti seorang doktor, peguam, akauntan, arkitek, jurutera, auditor dan seterusnya. 10 tahun bekerja siang dan malam maka dapatlah jadi individu yang kaya gaji.

Siapa tak pandai, tak score banyak atau straight A's dulu masa SPM. Jangan harap dapat senang-senang dapat masuk universiti yang hebat-hebat. Begitulah.

Maka beruntunglah siapa yang patuh dan taat dengar cakap cikgu dulu supaya belajar rajin-rajin. Tak sia-sia minum air yasin. Makan kismis. Baca yasin tiap malam dengan kawan-kawan asrama. Solat hajat hari-hari.

Akhirnya dapat juga jadi orang profesional dan kaya gaji.

Kaya Gaji vs Kaya Harta

Apa yang sekolah tidak ajar adalah cara-cara jadi kaya harta.

Ini kerana mereka yang kaya gaji selalunya tidak tahu cara ubah gaji jadi harta.

Ramai cuma tahu kumpul kereta mewah. Sudah beli rumah Semi-D paling kurang. Anak-anak sekolah private. Shopping barang berjenama. Bercuti pun mesti naik kapal terbang dan bersantai-santai ke seberang laut paling kurang. Mempunyai kos gaya hidup yang besar. Sama besar dengan pendapatan tiap bulan.

Tanda lain seseorang itu kaya gaji ialah pihak lembaga hantar surat tanya apa khabar. Besar periuk besar lah keraknya.

Nak kaya gaji buat macam ini.

1) Kerja korporat. Jumpa bos. Tanya macam mana nak jadi pekerja yang disayangi BOD dan disenangi oleh kakak-kakak sekretari. Dapatlah naik gaji lebih dari RM 10 ribu sebulan.

2) Tukar kerja. Mungkin bos tak suka kita, salah syarikat atau silap bidang kerja. Dari RM 10 ribu untung-untung dapat lebih RM 30 ribu pula.

3) Sambung belajar. Dari sijil sambung diploma. Lepas tu ambil ijazah. Kemudian ambil profesional paper untuk jadi penjual otak sebenar. Atau, sambung belajar sampai ada PhD. Lepas tu buat kerja akademik sampai dapat jadi paling kurang profesor Jusa C. Jual otak juga.

4) Bagi orang berniaga, cari sifu bisnes dulu dan bukannya sifu pelaburan. Sifu bisnes dapat bantu tingkatkan sales & cashflow yang tersangkut. Bila angka sudah cantik, baru jumpa sifu pelaburan untuk fahamkan angka-angka bisnes yang disediakan oleh akauntan.

Apa yang pasti, jangan jumpa financial planner untuk jadi kaya gaji. Itu tak betul. Salah orang tu.

Nak jadi kaya harta, itu betul. Nak ubah gaji jadi harta, itu betul. Nak kekalkan kaya harta, itu betul.

Contohnya, macam mana nak jadikan duit simpanan sedia ada beranak jadi 7,8 kali ganda untuk tujuan tabung persaraan.

Financial planner ni tak dapat bantu situasi dari gaji cuma RM 5 ribu sebulan. Selepas jumpa... boom! Bulan depan terus dapat gaji RM 10 ribu. Terus ada cashflow untuk buat bayar hutang.

Nak macam itu pergi jumpa bos lah. Tak dapek den nak nolong jang oi.