≡ Menu

Labur Dulu Dan Selebihnya Nak Enjoy Kopi RM 10 Pun Ok!

Saya merupakan licensed financial planner.

Saya bantu klien membuat keputusan yang bijak dalam pelaburan supaya mereka terus dapat buat perkara yang mereka suka.

Klien saya suka minum kopi mahal ? Minumlah. Mereka tak perlu minta izin saya untuk perkara sedemikian.
.

Misalnya, business owner yang ada cash. Dia beritahu cash tersebut akan digunakan selepas 8 bulan.

Maka saya tunjukkan cara bagaimana cash tersebut dapat generate income yang menyamai income fixed deposit. Pada masa yang sama income yang diterima itu pula tadi tidak dikira sebagai pendapatan yang bercukai. Tax exempted.

Apa yang dia nak buat dengan cash itu tadi selepas 8 bulan berakhir bukan lagi urusan saya. Sebab business owner tadi lebih tahu apa yang dia perlukan untuk business, atau kehidupan dia dengan cash tersebut.
.

Begitu juga dengan individu yang nak capai duit persaraan yang mencukupi.

Saya tunjukkan berapa banyak RM yang perlu dilaburkan supaya duit persaraannya cukup dan dia dapat berhenti kerja dengan hati yang tenang.

Misalnya Kenanga perlu menyimpan RM 25 ribu setahun untuk mencapai sasaran persaraan. Selebihnya, mungkin ada lagi RM 100 ribu setahun. Terpulanglah kepada Kenanga untuk buat apa yang dia suka.

Minum Starbucks. Pergi bercuti. Beli designer handbag.

Itu bukan urusan saya. Itu gaya hidup Kenanga.

Kalau Kenanga pilih nak minum kopi RM 1 ringgit sahaja pun, itu urusan dia. Kenanga pilih untuk pakai kasut murah-murah sahaja pun itu hal dia. Kenanga tak mahu beli kereta, naik uber atau grab sahaja pun, itu pilihan dia.
.

Apa yang penting, dia kena simpan dan labur dulu lepas dapat gaji supaya matlamat kewangannya dapat dicapai. Selebihnya berbelanjalah ikut gaya hidup pilihan masing-masing.

Saya bantu mudahkan urusan kewangan tuan-puan supaya kalian dapat fokus dalam aktiviti lain yang kalian lebih suka lakukan.

About the author: Anda TAK OK dengan pelaburan yang dibuat sekarang dan mahu membetulkannya ? Jika YA, sila klik link ini — Investment Workshop