≡ Menu

Lelaki Ini Ditanya Pasal Pelaburan Modal Kecil Untung Besar. Jawapan Beliau Padu!

Saya selalu mendapat soalan seperti ...

Pakdi, ada tak pelaburan macam ni?

  • Mula modal kecil.
  • Risiko rendah.
  • Untung cepat.
  • Return lebih tinggi dari TH / ASB.

Kalau dengan RM 100, boleh berganda menjadi RM 1 juta dalam masa 5 tahun. Dah lama orang bijak pandai dalam Tabung Haji atau ASB buat macam itu.

Itulah yang terjadi bila kecik-kecik selalu sangat tengok kartun di alam fantasi dan bukannya didedahkan dengan kisah Nabi kita jadi pengembala kambing dan berdagang ke Syam. Bagaimana kehidupan Nabi kita semasa muda yang sentiasa berani ambil calculated risk yang memberikan hasil berbaloi-baloi sehingga menarik perhatian jutawan Mekah untuk menjadi pelabur.

Apa yang kita diajar ialah sila cari katak, cium katak tu, dengan harapan katak dapat bertukar menjadi putera raja yang akan kahwin dengan kita. Kita pun dapat hidup senang, happily ever after. Tapi selalunya kita yang bertukar jadi Shrek.
.

Dalam pelaburan ada ilmu matematiknya dia. Sebagai pelabur, antara benda asas yang kita kena pandai buat kira-kira ialah ilmu hisab Compound Annual Growth Rate (CAGR).

Kalau nak gandakan duit RM 100 menjadi RM 1 juta dalam masa 5 tahun, maksudnya setiap tahun kena untung sebanyak 531%. Sasaran keuntungan sebegitu adalah tidak realistik.

Sebab itu berbeza orang yang ada ilmu dengan orang tidak ada ilmu. Orang yang tidak ada ilmu mudah kena tipu bila dijanjikan peluang pelaburan yang kononnya boleh bermula dengan modal rendah tetapi boleh jadi jutawan. Bila kita faham matematik CAGR ni, maka kita pun dapat jadi orang yang berpijak di bumi yang nyata dan bukan lagi berangan-angan Mat Jenin.

Jadi sekarang, cashflow mesti positif dulu. Apabila cashflow dah tidak lagi tunggang langgang baru lah mula melabur. Itu adalah perkara yang paling asas semua orang kena buat. Jangan melabur selagi mana belum mula menyimpan dan ada cashflow positif. Sekiranya dah memenuhi syarat-syarat sedemikian, barulah dapat melabur pula.