Exchange Traded Fund atau akronimnya adalah ETF merupakah salah satu instrumen pelaburan yang ada di Bursa Malaysia.
Dalam bahasa yang mudah nak faham, ETF merupakan "unit trust" yang dijual melalui platform dagangan saham Bursa Malaysia.
Pengurusan Aktif vs Pengurusan Pasif
Kenapa ETF ini diwjudkan kalau "sama" macam unit trust?
Nampak sahaja sama tapi tak serupa.
Ini kerana pada kebiasaannya kebanyakannya unit trust ini menguruskan "bakul buah" mereka secara aktif. Maksudnya pengurus dana kerap menjual "buah-buahan" yang ada dalam bakul tersebut.
Apabila jual beli "buah" kerap berlaku maka kos transaksi kebiasaannya menjadi lebih tinggi. Kalian dapat tengok, perhatikan dan perhalusi management expenses ratio (MER) sesuatu unit trust. Kemudian bandingkan dengan ETF. Kos menguruskan ETF adalah lebih rendah.
Ini kerana ETF mengamalkan pengurusan secara pasif.
MER atau kos pengurusan ini adalah sesuatu yang 'tersembunyi' dari pandangan orang awam. Finance professional sahaja yang kerap ambil tahu tentang hal ini.
Secara mudahnya, MER yang tinggi memberi kesan kepada pulangan sesuatu dana untuk jangka masa yang panjang. Tapi sebab orang awam tak nampak, maka ia kurang diberi perhatian.
Cara Membeli ETF
Pelabur di Malaysia dapat membeli ETF secara cash investment dengan membuka akaun CDS dengan mana-mana syarikat broker. Selepas dah ada akaun, cara pembelian dan kos jual belinya adalah sama seperti membeli saham yang biasa di Bursa Malaysia.
Pelabur di Malaysia juga dapat membeli ETF melalui skim pelaburan ahli KWSP. Tuan-puan perlu berhubung dengan mana-mana licensed financial planner untuk tujuan tersebut.
Keuntungan Pelaburan ETF
- Capital gain
- Income distribution
Selain dari itu, ETF mempunyai NAV sama seperti unit trust dan ada quoted price sama macam saham. Justeru, ada kebarangkalian berlaku perbezaan nilai yang membolehkan arbitrage dilakukan.
ETF Apa Nak Beli ?
Sudah banyak ETF yang tersenarai di Bursa Malaysia.
ETF patuh Shariah pun ada dan banyak yang diuruskan oleh i-VCAP Management Sdn Bhd. Ini senarainya sehingga nota ini dikemaskini:
- MYETF DJ Islamic Malaysia Titans 25
- MyETF MSCI Malaysia Islamic Dividend
- MyETF MSCI SEA Islamic Dividend
-
MyETF Thomson Reuters Asia Pacific ex-Japan Islamic Agribusiness
- MyETF Dow Jones U.S. Titans 50
- TradePlus Shariah Gold Tracker
Kenapa Nak Beli ETF?
ETF adalah salah satu cara untuk membuat pelaburan indeks selain dari membeli index fund. Seperti mana yang kita perlu tahu, pelaburan indeks adalah pelaburan saham secara pasif. Ia sangat berbeza dengan strategi pelaburan aktif yang selalunya fokus membeli saham-saham medium to small cap.
Adakah Saya Patut Beli ETF ?
Tuan-puan perlu mendapatkan khidmat nasihat financial planner masing-masing untuk tujuan tersebut.
Ini kerana ETF tetap ada risiko tersendiri yang mesti difahami dan setiap orang mempunyai risk profile yang berbeza-beza.
Tuan-puan dapat menjadikan kepelbagaian ETF untuk membuat your own customized portfolio.