≡ Menu

Mindset Yang Salah Apabila Ambil Takaful

"Berapa savings ada lepas 10 tahun?"

Ini mindset yang salah bila ambil takaful. Iaitu apabila menganggap cash value yang bakal diterima itu sama dengan membuat savings.

Ada dua jenis produk takaful secara umum:

1. Investment Linked
2. Term/ Standalone

Fungsi Cash Value

Bagi produk investment linked, memang ada nilai tabungan (cash value). Tetapi fungsi cash value bukanlah seperti simpanan di bank. Fungsi utama cash value adalah untuk menampung kenaikan caruman tabung tabarru'.

Bagi produk term/ standalone, tiada cash value. Sebab itu nampak murah.

Ilustrasi

Contoh caruman bulanan untuk coverage yang sama:

  • Investment linked : RM200 sebulan
  • Term                         : RM120 sebulan

Nampak perbezaan RM80!

Cuba tuan masukkan RM80 itu setiap bulan ke dalam Tabung Haji. Buat kiraan, selepas 10 tahun ada berapa savings dalam akaun TH tuan?

Pilihan yang mana satu lebih baik kalau rasa nak fokus buat simpanan?

Letak dalam (1) investment linked, atau, (2) pilih produk term dan lebihan duit letak dalam Tabung Haji?

- Nota ini disediakan oleh Tuan Azree Hanifiah melalui Facebook Page beliau. Slik klik dan like Azree Hanifiah.

About the author: Nak cari individu yang boleh bercakap tentang urus duit untuk organisasi anda ? >>Klik sini untuk keterangan lanjut<<