≡ Menu

Nak Buat Apa Kalau Unit Trust Tengah Rugi ?

1. Semak semula melabur dalam fund jenis apa ?

Kumpul semua dokumen.

Semak beli fund apa selama ini.

Ini kerana ada pelbagai jenis unit trust yang ada di pasaran. Saya tidak maksudkan senarai nama fund, atau, senarai syarikat unit trust semata-mata tetapi lebih kepada jenis-jenis berikut, antaranya:

  • Ekuiti (big cap)
  • Ekuiti (small - medium cap)
  • Ekuiti (luar negara)
  • Income
  • Balanced
  • Money market

2. Kira semula asset allocation

Lepas dah tau melabur dalam fund jenis apa, maka tengok pula nilai bagi setiap pembelian yang telah dibuat.

Seandainya sehingga tarikh hari ini telah membuat pelaburan sehingga RM 300 ribu, barangkali pelaburan unit trust tuan mempunyai asset allocation seperti ini:

  • RM 200 ribu dalam fund ekuiti kategori small-medium cap
  • RM 50 ribu dalam fund ekuiti kategori big cap
  • RM 30 ribu dalam fund ekuiti kategori luar negara
  • RM 20 ribu dalam fund jenis balanced

Berdasarkan ilustrasi di atas, 93% portfolio tuan adalah ekuiti. 67% adalah pelaburan ekuiti dalam small-medium cap.

3. Reviu semula kesesuaian dengan investment profile

Apakah berlaku mismatch antara asset allocation dengan investment profile ?

Mereka yang mempunyai asset allocation seperti ini adalah individu yang jenis tak kisah dengan turun naik pasaran saham. Pembelian unit trust jenis small cap dari sudut volatility sebenarnya sama sahaja dengan membeli saham secara langsung dalam pasaran saham.

Kalau tak berani melihat turun naik harga dalam pasaran saham seperti itu, maka kena ubah semua asset allocation supaya sesuai dengan diri masing-masing.

About the author: Suzardi Maulan, seorang Islamic Financial Planner. Sila klik link berikut untuk mendapatkan konsultansi kewangan & pelaburan : — Konsultansi Kewangan