Sekiranya kita selesa dengan gaya hidup RM100 ribu setahun sekarang. Maka untuk retirement fund, pendapatan dari harta yang kita ada juga perlu menjana RM100 ribu setahun. Jika tidak, kita kena ambil RM100 ribu setahun dari harta-harta yang ada sampai habis.
Nak retire young? Sudah ada pendapatan dari pelaburan yang jana pendapatan yang boleh ganti gaji kita? Kalau belum ada, sila teruskan membaca.
Ada banyak perkara yang berada di luar kawalan kita. Lebih-lebih lagi retirement ini satu perjalanan jauh.
Satu, kita tak boleh kawal inflasi. Perbelanjaan RM 10 pada usia 30 tahun dapat menjadi RM 18 pada usia 60 tahun. Itu kalau kadar nflasi 2% setahun.
Dua, kita tak boleh kawal untung pelaburan. Atas kertas, conteng-conteng, pusing-pusing memang nampak cara nak dapat income RM100k setahun. Nak selamat kiraan perlu konservatif.
Tiga, kita mungkin mati sebelum retirement age. Kita mungkin hidup 30 tahun past retirement age. Itu bukan kerja kita. Kerja kita tanam 'pokok'. Buahnya rezeki siapa? Itu rahsia Allah.
Fokus kita adalah kepada perkara yang masih dalam kawalan kita. Iaitu berapa jumlah yang kita dapat simpan tiap bulan.
Sekiranya pada usia 40 tahun masih belum ada simpanan, tidak ada modal memulakan tabung persaraan, maka individu yang paling berkuasa menolong kita pada waktu itu ialah diri sendiri yang berusia 30 tahun.
Saham adalah kenderaan yang dapat menjana pendapatan RM100 ribu setahun pada usia persaraan. Tapi ramai masih takut dengan mitos-mitos pelaburan saham yang disampaikan sejak dahulu.