≡ Menu

“Pakdi, pelaburan apa yang paling bagus?” Saya sebagai seorang licensed financial planner hanya mampu tersengih atau garu kepala yang tidak gatal apabila menerima soalan ini. Financial planner bukanlah seorang remisier saham. Financial planner juga bukan unit trust consultant. Financial planner bukan real estate agent. Financial planner juga bukan ejen takaful. Financial planner bukan nak jual emas. [...]

Dalam industri perancangan kewangan, sekurang-kurangnya ada 2 kategori “penasihat kewangan” yang orang awam kena tahu. Kategori #1 “Penasihat kewangan” yang mewakili syarikat, dikenali sebagai ejen insurans/takaful, unit trust consultant, estate planner. Jadi mereka dapat memberi khidmat nasihat berkaitan produk dan servis syarikat yang mereka wakili sahaja. Kategori #2 “Penasihat kewangan” yang mewakili klien, dikenali sebagai [...]

Setiap tahun pasti ada unit trust yang mencatatkan untung yang besar. Seterusnya memenangi anugerah unit trust terbaik. Masalahnya cuma satu. Kita tak boleh tahu in advance unit trust apa, dari syarikat yang mana yang bakal dapat return paling tinggi untuk tahun depan. Tahun depan depan. Tahun depan depan depan… dan tahun seterusnya. Sebab pelaburan adalah [...]

Sekiranya ada pihak offer tawaran sebegitu amacam? Ya, ajak kita beli PETRONAS Twin Tower kemudian menikmati hasil sewaannya. Sebenarnya kita boleh. Bagaimana? Teruskan membaca. . Real Estate Investment Trust (REIT) membolehkan kita ‘membeli’ hartanah semahal Petronas Twin Tower. Dengan ‘harga’ mampu milik. Dan senang nak jual balik tak perlu risau tak ada buyer. Antara contoh [...]

Blue-chip. Secara literal merujuk kepada cip berwarna biru yang dikatakan mewakili nilai tertinggi dari banyak-banyak cip yang ada. Cip dalam permainan poker. Ya, poker. Secara istilahnya saham blue-chip merujuk kepada syarikat yang dikenali ramai, kukuh dan selamat. Syarikat-syarikat blue-chip ini dianggap sebagai leader dalam industri mereka dan produk & servis yang ditawarkan pula adalah household [...]

Anak darjah 1 masih banyak ruang dan peluang untuk masuk universiti. Dengan didikan dan tunjuk ajar yang betul dia dapat membesar jadi insan yang berguna dan dapat banyak berbakti dalam masyarakat. Datuk yang dah sudah 1 cucu pula sudah macam buluh. Nak membesar macam mana lagi. Sudah matang. Duit pun sudah banyak. Sebab itu cucu-cucu [...]

Ini adalah tips untuk pelabur unit trust. Supaya tuan puan dapat menjadi pelabur yang lebih baik. Channel Distribution Unit trust boleh dibeli melalui 5 channel. Secara online, melalui bank, unit trust consultant, licensed financial planner dan syarikat pengurusan dana. Setiap channel di atas mempunyai fi yang berbeza-beza. Fi ada kesan kepada untung. High Risk High [...]

Pelabur mesti tahu apa isi bakul pelaburan mereka. Secara asasnya, bakul pelaburan merujuk kepada ‘buah-buah’ berikut. Blue-chip Medium to small-cap Fixed income Komoditi Tunai Kemudian susun buah-buah tersebut menjadi satu bakul yang sesuai dengan matlamat kewangan yang ingin dicapai. Ada beberapa senario yang mesti difahami oleh pelabur. 1. Medium to small-cap adalah buah paling banyak [...]

Macam mana nak pilih limau yang manis? Maka zaman Google ini pun kita pun menggoogle. Cara pilih limau manis. Kita taip begitu. Maka keluar carian. Tips pilih limau yang manis. Kita pun ikut. Cari kulit limau menggerutu. Yang nampak buruk. Tengok bekas tangkai. Picit sana picit sini. Dengan harapan dapat lah sebiji limau yang manis. [...]

Exchange Traded Fund atau akronimnya adalah ETF merupakah salah satu instrumen pelaburan yang ada di Bursa Malaysia. Dalam bahasa yang mudah nak faham, ETF merupakan “unit trust” yang dijual melalui platform dagangan saham Bursa Malaysia. Pengurusan Aktif vs Pengurusan Pasif Kenapa ETF ini diwjudkan kalau “sama” macam unit trust? Nampak sahaja sama tapi tak serupa. [...]