Bengkel Mini - Retirement 101

Bagaimana Nak Retire Dengan Duit Yang Cukup Di Tangan ?

Salam,

Nama Suzardi Maulan. Saya akan tulis 'tentang saya' nanti.

Saya sedang mencari individu mahu untuk memulakan tabung persaraan untuk hadir ke bengkel mini ini.

Supaya anda dapat mempunyai pilihan untuk bersara lebih awal dari orang lain sekiranya sudah sampai masanya nanti kerana tabung persaraan sudah pun mencukupi.

5 manfaat yang anda dapat dengan hadir ke Bengkel Mini - Retirement 101 ini :

  1. Menjawab persoalan KENAPA perjalanan menuju persaraan yang menggembirakan mesti dibuat sekarang juga dan tidak boleh ditangguhkan lagi.
  2. Dapat TAHU berapakah sasaran angka tabung persaraan minimum yang perlu dicapai berdasarkan situasi diri sendiri dan bukannya agak-agak mengikut poket orang lain.
  3. Dapat BELAJAR cara mencapai angka tabung persaraan melalui pelaburan sendiri dalam pasaran saham di Bursa Malaysia.
  4. Dapat FAHAM bagaimana untuk membuat tabung persaraan melalui pelaburan yang diuruskan oleh profesional seperti melalui unit trust, private managed fund dan juga Exchanged Traded Fund (ETF).
  5. Ketahui SIAPAKAH yang dapat membantu anda untuk membuat tabung persaraan yang holitistik supaya pelan tersebut adalah lengkap, bukan agak-agak seterusnya tidak terbengkalai di tengah jalan.

Kesemua itu akan dipelajari dengan cara yang Shariah-compliant.

Jika anda mahukan pelan persaraan seperti itu, sila hadir ke Bengkel Mini - Retirement 101.

Jadual 

Tarikh: 7 Oktober 2017 (Sabtu)

Masa : 9 pagi - 12:30 tengah hari (separuh hari sahaja)

Lokasi : Level 32, Menara Prestige, 1 Jalan Pinang, Kuala Lumpur (Bangunan HQ Kuwait Finance House, betul-betul bersebelahan KLCC)

Apa Perlu Bawa : Buku nota, pen, kertas, kalkulator, laptop yang cukup bateri (optional), atau telefon pintar bersama data (optional).

Kami mengambil paling ramai pun 20 orang peserta sahaja. Jika sudah penuh, kami terpaksa tutup pendaftaran. Kena tunggu lain masa.

Pertanyaan Yang Mungkin Anda Nak Tahu

Apa Yang Bakal Dipelajari ?

Nak baca janji bulan dan bintang ?

Begini. Bengkel ini cuma separuh hari. Tak logik kalau habis datang bengkel dalam 4 jam terus dapat jadi pelabur jutawan sekelip mata.

Jadi, anda juga akan pelajari:

  • Financial freedom; MITOS atau REALITI ?
  • Bagaimana untuk membuat pelaburan saham secara langsung ke Bursa Malaysia dengan menggunakan akaun 1 EPF ? (ini bukan unit trust!)
  • Apakah channel-channel distribution yang dapat menawarkan sales charge unit trust yang lebih rendah dari yang biasa anda tahu ?
  • Sekiranya tidak ada masa nak urus pelaburan saham sendiri, bagaimana nak lantik professional & licensed fund manager untuk menguruskan pelaburan tersebut ? (ini bukan unit trust!)
  • Strategi paling ringkas untuk membuat tabung persaraan secara langsung di Bursa Malaysia atau pun melalui unit trust.

Seterusnya saya akan kongsikan general roadmap pelan persaraan yang realistik. Supaya anda habis bengkel dapat kira sendiri dan buat deraf asas pelan persaraan secara Do-It-Yourself.

Zaman merancang masa depan kewangan secara AGAK-AGAK telah pun berakhir. Sudah ada cara yang bersistematik untuk anda yang sudah READY.

Anda dah READY ?

Apa Yang Anda Kena Tahu Tentang Bengkel ?

  • Kami TAK ajar cara buat duit nak cover duit gaji tak cukup
  • Ini BUKAN tentang pelaburan hartanah
  • TIDAK ajar strategi langsai hutang

Bengkel ini adalah tentang bagaimana membuat tabung persaraan berasaskan pelaburan menerusi pasaran modal i.e. saham, fixed income dan jenisnya.

Berapa Harga Yuran ?

RM 350 seorang. (Lunch tidak disediakan)

Tak ada harga asal ribu-ribu kemudian dapat diskaun jadi ratus-ratus sahaja. Emosi anda tidak perlu dimanipulasi. Anda sudah cukup matang dan rasional.

Tidak ada early bird. Datang seorang, datang berdua, bertiga pun harganya sama.

Bila tempat dah penuh kami tutup pendaftaran.

Siapakah Suzardi Maulan ?

Jika ada masa 1 minit, sila klik sini untuk membaca.

Borang Tempahan Tempat Duduk

Sila buat tempahan dengan dua langkah berikut:

1) Sila bank-in RM 350 ke akaun berikut:

CIMB
Nama akaun: AFIQ Training & Advisory
No akaun: 860 040 789 7

*Sila isi alamat emel info@afiqtraining.com semasa membuat pembayaran secara online banking

**Simpan resit / bukti pembayaran.

2. Sila isi borang ini selepas membuat pembayaran:

Kami akan menyemak maklumat pembayaran dan setelah pengesahan dibuat satu emel akan dihantar yang mengandungi maklumat login. Sila beri kami masa antara 24-48 jam untuk tujuan semakan butiran pembayaran dan proses pendaftaran.

Sila semak semua folder emel selepas membuat pembayaran, termasuklah folder SPAM, JUNK, BULK, SOCIAL atau PROMOTION sekiranya tiada emel diterima dalam inbox dalam tempoh tersebut.

Bantuan / pertanyaan sila hubungi menerusi telefon pejabat dan aplikasi WhatsApp menerusi talian:

  • 03 9207 9780 / 012 697 9982 (Puan Suhaida)