Investment Workshop 4 Retirement

Retire Dengan Duit Yang Cukup Di Tangan

Ketahui 5 Proses Untuk Membuat Pelaburan Untuk Persaraan Secara Bersistematik

Suzardi Maulan, IFP Licensed Financial Planner 

November
18

Sabtu, 18 November

  • 9:00am - 12:30pm
  • Kuala Lumpur
  • 20 Kerusi Sahaja


Kami Juga Dah Kenal Pasti 5 Kesilapan Yang Sering Dibuat Oleh Pelabur (dan Tuan-Puan Dapat Mengelakkannya Selepas Hadir Ke Kelas Ini)

  • Market Timing: Kalau tunggu pasaran saham jatuh baru nak melabur, maka tuan-puan akan hilang lebih banyak keuntungan.
  • Active Trading: Kerap berjual beli juga habiskan banyak keuntungan, cari jalan untuk kurangkan kos yang mengiringi pelaburan supaya dapat untung lebih banyak.
  • Beli Fund Yang Popular (Sebab Baru Menang Award): Sekiranya beli sebab 10 tahun lepas fund tersebut dapat beri return paling tinggi, apakah 10 tahun lagi fund tadi akan terus perform? Cuba fikirkan, pernah dengar nama fund paling popular pada 2017 pada 2007?
  • Atau, Beli Saham Hot (Sebab Diberitahu Dah Naik 100%): Orang lain dah buat untung tuan-puan baru nak beli ? Memang sah-sah lah tak buat untung. Silap haribulan rugi lagi sebab yang dah buat untung banyak macam tu dah mula menjual.
  • Emotion; Fear & Greed: Tak senang duduk apabila tahu dah rugi baru 5%. Kenal pasti dulu risk profile tuan-puan sebelum membuat pelaburan. Buat asset allocation dengan betul.
  • Keliru Antara Jurujual vs Advisor: Tuan-puan membeli produk pelaburan dari product pusher ? Atau dari seseorang yang kenal pasti dulu keperluan sebenar kewangan tuan-puan melalui analisa net worth, cashflow dan risk profile ?

Kalau tuan-puan melabur dengan cara begini , maka kelas ini adalah untuk tuan-puan. Beli kerusi sekarang juga.

Penting: Kelas ini tidak ada sesi pembelajaran tentang pelaburan hartanah, cara langsaikan hutang-piutang dengan cepat dan juga cara tambah pendapatan setiap bulan.

Tuan-Puan Yang Hadapi Salah 1 Dari 6 Situasi Ini Juga Patut Hadir 

  • Hanya Tahu Menyimpan: Emergency fund dah buat tetapi masih belum membuat pelaburan. Jaga-jaga, inflasi akan habiskan duit tunai tersebut.
  • Nak Tahu Lagi Pasal Pelaburan: Cuma tahu pasal unit trust dan itu pun hanya tahu 1 cara pembelian dari 5 cara yang ada. Sedangkan ada lagi peluang-peluang pelaburan lain yang dapat dimanfaatkan macam unit trust wrap account, ETF, private mandate, wholesale fund dan juga bagaimana sebahagian simpanan EPF dapat digunakan untuk beli saham.
  • Tak Pasti Portfolio Pelaburan Sedia Untungnya Macam Mana: Tuan-puan tak pernah pun track pelaburan yang lepas. Contoh; adakah unit trust yang sebelum sign borang dulu diberitahu boleh untung 10-15% setahun. Dah buat untung macam itu ke belum ? Tak tahu pun prestasi semasa pelaburan yang dibuat selama ini.
  • Perlukan Khidmat The Real Advisor: Tuan-puan sibuk dengan kerjaya. Memang tahu melabur tu penting tapi tidak ada banyak masa nak menguruskannya sendiri. Pada masa yang sama perlukan khidmat nasihat pelaburan yang menyeluruh dan bukan sekadar yang jual produk kewangan.
  • Perlu Khidmat Fund Manager Berlesen: Licensed Financial Planner dapat membantu tuan-puan yang ada cash 6 angka atau mahu guna sebahagian simpanan EPF untuk beli saham di Bursa Malaysia dengan menggunakan khidmat licensed fund manager.
  • Saya Budak Baru Bekerja: Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan. Saya budak baru bekerja & belum sibuk berhutang, dah sedia nak belajar, apa yang salah tolong tunjukkan.

Tuan-puan juga adalah mereka yang sesuai untuk hadir ke kelas ini. Beli kerusi sekarang juga.

Tentang Persaraan: KWSP menyatakan paling sedikit perlu ada RM 228ribu pada usia 55 tahun. Jumlah ini membolehkan tuan-puan withdraw RM 950 sebulan untuk memenuhi keperluan asas persaraan untuk tempoh 20 tahun. Namun apakah jumlah itu mencukupi untuk keperluan asas tuan-puan sendiri ?

Kami hanya membuat kelas kecil. Paling banyak pun 20 kerusi disediakan. Jika dah penuh kami tutup pendaftaran dan tidak akan pindah ke tempat yang lebih besar walaupun ada lagi masa . . .

-
Days
-
Hours
-
Minutes
-
Seconds

Tarikh : 18 November 2017 - Sabtu 

Masa : 9:00 pagi - 12:30 tengah hari (Sarapan & lunch tidak disediakan) 

Lokasi: Kuala Lumpur  

Apa perlu bawa: Buku nota, pen, kertas, kalkulator, laptop yang cukup bateri (optional), atau telefon pintar bersama data (optional)

Lokasi sebenar kelas diberitahu kepada peserta berdaftar sahaja.

Yuran: RM 350 / pax

Tidak ada harga early bird. Datang berdua, bertiga yuran per pax adalah sama

Terhad 20 orang sahaja.