Blue-chip. Secara literal merujuk kepada cip berwarna biru yang dikatakan mewakili nilai tertinggi dari banyak-banyak cip yang ada. Cip dalam permainan poker.
Ya, poker.
Secara istilahnya saham blue-chip merujuk kepada syarikat yang dikenali ramai, kukuh dan selamat. Syarikat-syarikat blue-chip ini dianggap sebagai leader dalam industri mereka dan produk & servis yang ditawarkan pula adalah household name.
.
Syarikat-syarikat saham blue-chip ini adalah komponen yang membentuk indeks saham i.e FTSE Bursa Malaysia KLCI.
Untuk Bursa Malaysia, ada 30 syarikat blue-chip yang utama. Seterusnya adalah 70 syarikat yang bersaiz smaller blue-chip tapi masih lebih besar dari saiz syarikat medium to small-cap.
Contoh syarikat blue-chip patuh Shariah adalah:
- Tenaga Nasional
- Axiata Group
- Petronas Chemicals
- Sime Darby Plantation
- IHH Healthcare
- IOI
- Maxis
- Dialog Group
- Petronas Gas
- KL Kepong
Manakala blue-chip yang tak patuh Shariah antaranya seperti:
- Public Bank
- Maybank
- CIMB Group
- Genting
- Digi.com
.
Cuba perhatikan betul-betul nama syarikat yang tersenarai di atas, semuanya syarikat yang besar-besar. Ramai orang nak kerja dalam syarikat tersebut. Sebab ada prestij, status dan pay scale yang lebih tinggi dari syarikat lain.
Seterusnya kalau syarikat-syarikat ini pun menarik ramai orang nak menjadi pekerja, maka sudah tentu ia membawa maksud syarikat ini kewangannya kukuh. Syarikat ini mempunyai operasi bisnes yang menguntungkan. Syarikat ini susah (tapi tak mustahil) nak rugi.
Perkara ini juga menarik minat pelabur. Keuntungan yang stabil. Boleh bertahan waktu zaman 'kemarau'. Bagi dividen yang konsisten.
.
Anggaplah blue-chip ini macam mak ayah yang dah berusia 50-an.
Sudah menjadi CEO, pengurusan kanan syarikat. Gaji besar. Bonus besar. Limpahan rezeki itu sudah pasti jatuh kepada anak-anak.
Walaupun begitu masih tetap ada risiko. Bukan zero-risk. Walaupun kebiasaannya syarikat blue-chip ini berdaya saing yang tinggi tetapi bukan semua.
Tuan puan pernah dengar cerita pasal arwah Malaysia Airlines? Dengar cerita arwah dulu baik orangnya...