≡ Menu

Saya Nak Labur Saham Tapi Tak Mahu Rugi

Ini adalah maklum balas yang sering saya terima:

Buat apa melabur saham kalau rugi, lebih baik letak dalam ASB atau Tabung Haji sahaja. Dapat juga 5-7%.

Kata orang ini adalah pandangan the glass half empty.

Produk kewangan tajaan kerajaan seperti itu kebiasannya bersifat fixed price. Harga tidak berubah. Bila fixed price secara tidak langsung menggambarkan modal tak rugi.

Keistimewaan ini datang dengan kelemahan tersendiri iaitu, betul boleh dikatakan tak perlu risau, mesti ada untung walaupun sikit, modal susah nak hilang tapi itu sahajalah potensi return yang mesti diterima.

Produk seperti itu memberikan satisfactory return tetapi far from the best return.

  • RM 10 ribu dengan return 7% mengambil masa 10 tahun untuk jadi RM 20 ribu.
  • RM 10 ribu dengan return 10% mengambil masa 7.2 tahun untuk jadi RM 20 ribu.
  • RM 10 ribu dengan return 15% mengambil masa 4.8 tahun untuk jadi RM 20 ribu.

Jangan komplen banyak kalau ASB / TH tak dapat bagi return yang tuan-puan harapkan. Itulah sifat produk sebegitu.

Nak dapat untung lebih kena tukar mindset kepada mindset pelabur tegar. Baca seterusnya.

Saham Tak Bagi Return Yang Pasti, Saya Nak Pelaburan Macam Skim XYZ Yang Dapat Beri 9% Sebulan

Ini adalah alasan yang paling bahaya.

Minda pelabur tegar berpegang kepada:

High skill, high return

Ramai yang keliru antara fixed price e.g produk macam ASB, ASB2 dengan fixed return. Produk tajaan kerajaan tak pernah menjanjikan fixed return!

Bila seseorang itu nak fixed return dan pada masa yang sama tidak ada usaha nak tambah skill melabur, maka itu menunjukkan dia mempuyai minda PELEBUR tegar. Dia akan mudah dipengaruhi untuk menyertai skim cepat miskin.

Low skill, low return. Seterusnya no skill, no return.

Pelaburan berlesen dengan scam pun tak boleh nak bezakan. Bila dimaklumkan skim XYZ adalah skim peleburan pun tak mahu percaya. Apa lagi yang dapat dibantu ?

Saya Tidak Ada Masa

Selepas membuat pembelian, pelabur tegar cuma perlu ambil tahu tarikh-tarikh tertentu sahaja.

  1. Tarikh dapat dividen
  2. Tarikh keluar annual report

Itu pun sebenarnya ada notifikasi yang dimaklumkan. Jadi, bila dapat surat atau notifikasi maka kita pun baca untuk tahu perkembangan perniagaan yang kita beli.

Namun sekiranya memang sungguh masa tidak cukup langsung, maka cara terbaik adalah melabur dalam Exchange Traded Fund (ETF) secara regular.

Selain dari itu, orang yang tidak ada masa dapat melantik profesional untuk urus pelaburan saham mereka. Tapi apabila melantik profesional seperti fund manager maka ada kos yang terlibat. Mana ada benda free.

Sebab itu orang kata  masa itu lebih berharga dari emas. Sebab kalian nak beli masa orang lain, maka kena beli masa orang itu.

Track record ? 

Kalau tuan-puan nak tengok track record yang yang tidak logik seperti setiap bulan nak untung, atau, mesti tiap-tiap tahun lebih dari 7%, atau, tak mahu ada rugi langsung, atau, nak jaminan mesti untung, maka itu antara punca mereka tak mahu mengambil tuan-puan sebagai klien.

Selalunya mereka lebih suka berurusan dengan existing client sahaja yang memang dah faham realiti pelaburan sebenar atau melalui referral dari existing client sahaja.
.

Pelaburan saham ini game 10 tahun.

Ketika itu barulah comparable dengan produk pelaburan tajaan kerajaan dan juga pelaburan lain yang ada. Nota seterusnya ada menunjukkan kiraan game 10 tahun yang dimaksudkan:

About the author: Anda TAK OK dengan pelaburan yang dibuat sekarang dan mahu membetulkannya ? Jika YA, sila klik link ini — Investment Workshop