≡ Menu

Sedang Menabung Kumpul Deposit Rumah Pertama ? Baca Ini Dulu

Tahniah sebab tuan-puan sedang berusaha kerasa nak beli rumah cepat-cepat.

Mudah-mudahan dipermudahkan urusan seterusnya selepas dah sediakan tabung deposit rumah.

Pembelian rumah selalunya perbelanjaan yang paling besar dalam hidup kebanyakan dari rakyat Malaysia. Jadi kita perlu tahu cara yang betul untuk menguruskan pembelian rumah.

Pembelian rumah pertama Ada 2 jalan yang dapat dipilih:

i) Rumah Untuk Duduk Adalah Liabiliti

Rumah untuk kita duduk bukan aset.

Setiap bulan kita membayar sendiri ansuran tersebut dengan gaji bulanan kita, maka perancangan yang baik perlu dibuat dengan teliti untuk memastikan kita tidak membayar lebih dari sepatutnya untuk liabiliti ini.

Beli Apartment Saiz Sederhana Dahulu

Salah satu pendekatan adalah membeli apartment yang sederhana sahaja luasnya. Antara 700 - 900 kaki persegi.

Saiz tersebut cukup dengan rumah / apartment yang mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air yang cukup untuk kita anak beranak berteduh. Rancang untuk mendiami rumah tersebut sehingga anak kita bersekolah darjah satu. Selepas itu baru berpindah ke rumah yang lebih besar yang baru kita beli.

Pada masa yang sama laburkan cashflow tiap bulan ke dalam aset lain seperti saham, unit trust, ETF atau REIT. Tuan membina ekuiti dalam aset selain hartanah.

ii) Rumah Yang Kita Sewakan Adalah Aset

Apa kata beli rumah dan sewakan kepada orang lain dahulu ?

Walaupun pada awal-awal itu agak sempit cashflow, tetapi sekurang-kurangnya tuan dah ada satu aset hartanah yang sudah menjana pendapatan.

Beli Apartment Tetapi Disewakan Kepada Orang

Beli apartment macam pilihan sebelum ini.

Tetapi kita sewakan apartment tersebut. Pada  masa yang sama kita pun duduk menyewa di apartment lain. Jadikan apartment tadi sebagai asas membina ekuiti peribadi kita.

Fokus untuk langsaikan hutang apartment tersebut secepat mungkin. Supaya apartment tadi lagi ada apa-apa beban hutang selepas 5-7 tahun. Selepas hutang apartment tadi habis dibayar, maka tuan sudah pun mempunyai satu harta yang bernilai yang dapat digunakan untuk membina portfolio pelaburan yang lebih besar.
.

Barangkali ada yang berpendapat, kalau gabung pendapatan suami isteri barangkali dapat beli rumah yang lebih luas dan besar. Maklumlah, kalau pendapatan sendiri barangkali boleh beli rumah yang bernilai kira-kira RM 250,000 tetapi dengan bergabung pendapatan boleh beli sehingga RM 500,000! Buat apa beli rumah kecil dulu ?

Sebenarnya tidak ada jawapan yang betul atau salah. Semuanya bergantung kepada strategi yang tuan mahu gunakan. Apa yang penting, 7 tahun pertama itu hendaklah menggunakan segala sumber kewangan yang tuan ada supaya dapat membina ekuiti atau net worth yang besar untuk menjadi asas portfolio pelaburan tuan.