Pastikan cashflow cantik molek kemudian melaburlah.
Hati pasti jadi lebih tenang.
Ini adalah perkara yang tuan mesti buat tiap-tiap bulan supaya cashflow jadi cantik molek:
SIMPAN DAHULU BARU BELANJA
Berapa banyak nak simpan ?
Sekiranya gaji RM 5 ribu, maka maksimum belanja RM 4500 sahaja.
- Supaya emergency fund cukup.
Berapa banyak ?
Sekiranya belanja RM 4 ribu sebulan. Maka jumlahnya antara RM 12 ribu - RM 24 ribu.
- Supaya duit gaji tak habis buat bayar hutang
Hutang kad kredit bayar 18% setahun, ASB pun cuma sekitar 7%.
Jadi bila nak bercucuk tanam kalau asyik menebas lalang yang tumbuh cepat sangat?
Bayar hutang lebih dari RM 1500 dari gaji 5 ribu sebenarnya dah banyak.
- Supaya ada tabung pelaburan
Duit tunai sekiranya simpan banyak-banyak akan habis dimakan inflasi. Pada masa yang sama duit tunai ada kewajipan zakat.
Inflasi - 3% dan zakat pula 2.5%
Maka laburkanlah supaya pulangannya adalah lebih tinggi.