≡ Menu

Sekiranya Cashflow Sudah Cantik Melaburlah

Pastikan cashflow cantik molek kemudian melaburlah.

Hati pasti jadi lebih tenang.

Ini adalah perkara yang tuan mesti buat tiap-tiap bulan supaya cashflow jadi cantik molek:

SIMPAN DAHULU BARU BELANJA

Berapa banyak nak simpan ?

Sekiranya gaji RM 5 ribu, maka maksimum belanja RM 4500 sahaja.

  • Supaya emergency fund cukup.

Berapa banyak ?

Sekiranya belanja RM 4 ribu sebulan. Maka jumlahnya antara RM 12 ribu - RM 24 ribu.

  • Supaya duit gaji tak habis buat bayar hutang

Hutang kad kredit bayar 18% setahun, ASB pun cuma sekitar 7%.

Jadi bila nak bercucuk tanam kalau asyik menebas lalang yang tumbuh cepat sangat?

Bayar hutang lebih dari RM 1500 dari gaji 5 ribu sebenarnya dah banyak.

  • Supaya ada tabung pelaburan

Duit tunai sekiranya simpan banyak-banyak akan habis dimakan inflasi. Pada masa yang sama duit tunai ada kewajipan zakat.

Inflasi - 3% dan zakat pula 2.5%

Maka laburkanlah supaya pulangannya adalah lebih tinggi.