≡ Menu

Sekiranya Mahu Pokai Buatlah Perkara-Perkara Ini

1. Tidak Buat Simpanan Kecemasan.

Emergency fund.

Jumlahnya paling kurang menyamai 7 bulan perbelanjaan.

Jika kalian masih belum membuat simpanan untuk tujuan kecemasan ini, maka cepatlah mulakannya. Sekiranya hujan di tengah jalan dan tidak ada payung, pasti kebasahan.

2. Berhenti Menyimpan Setiap Bulan

Jangan berhenti menyimpan.

Walaupun sudah cukup tabung kecemasan.

Sekiranya sudah mampu simpan lebih dari 10% dari gaji setiap bulan itu petanda baik. Lagi banyak lagi bagus. Sekiranya anda tidak dapat menyimpan dengan nilai minimum ini, ketahuilah anda sedang hidup beyond your means.

3. Bayar Hutang Lebih 45% Dari Gaji

Itu pun dah tinggi.

Elakkan berhutang untuk perkara yang tidak perlu.

Berhutang hanya untuk perkara-perkara besar & perlu sahaja seperti pembelian kereta dan rumah. Ramai orang mempunyai cashflow tunggang langgang akibat tidak menyusun keutamaan berhutang.

4. Tak Bayar Habis Hutang Kad Kredit Secepat Mungkin

Swipe kad tapi tak langsaikan segera.

Jika setiap bulan kita hanya bayar hutang kad kredit secara minimum dan berterusan menggunakannya, maka ketahuilah hutang anda tidak akan selesai.

Sebagai contoh baki hutang kad kredit kita berjumlah RM 1 ribu. Bulan ini kita bayar RM 50 sahaja sebagai bayaran minima. Bulan depan swipe lagi RM 100. Lepas tu hanya bayar jumlah minima. Tiap bulan buat benda yang sama. Belum campur interest lagi. Memang tak akan habis.

5. Beli Barangan Isi Rumah Guna Skim Bayar Ansuran

Berbelanjalah secara tunai.

Sebenarnya kita sentiasa mempunyai pilihan sama ada untuk berhutang atau membayar cash apabila membeli sesuatu barang. Jika kita tak ada duit tunai untuk beli barang tersebut, maka jangan beli. Simpan duit dahulu atau cari duit tambahan dengan tujuan membeli barang tersebut. Tidak ada istilah terpaksa. "Saya terpaksa ambil skim ansuran untuk beli TV flat skrin 48 inci ni".

Pilihan sentiasa ada. Hendak atau tidak sahaja.

6. Berpegang Dengan ... "Dari Menyesal Tak beli, Lebih Baik Menyesal Beli!"

Biasa berlaku.

Setelah bekerja siang dan malam, kita akan rasa yang kita perlu reward diri kita dengan hadiah atau apa sahaja yang kita suka. Ya betul, tidak salah konsep tersebut. Malah digalakkan supaya kita sentiasa bermotivasi melakukan kerja kita. Tetapi berpadalah. Jangan sampai berhutang keliling pinggang. Jangan membeli sesuatu di luar kemampuan kita.

7. Cari Skim Cepat Kaya

Kalau ada yang janji boleh beri lebih dari 8% setahun.

Sah itu satu penipuan.

About the author: Nak cari individu yang boleh bercakap tentang urus duit untuk organisasi anda ? >>Klik sini untuk keterangan lanjut<<