Siapakah Di Sebalik Rancang Wang ?

Suzardi Maulan - penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang - 10 tahun dalam bidang kewangan.

Beliau bermula dengan unit trust sebelum memasuki sektor perbankan Islam. 2012, mula menjadi financial speaker - trainer dalam bidang kewangan. 2016, dilantik sebagai Social Influencer BursaMarketPlace.com dan kini merupakan seorang licensed financial planner.

Sebagai speaker - trainer beliau sering dipanggil untuk memberi latihan pengurusan kewangan peribadi untuk kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Selain itu beliau juga diberi kepercayaan untuk memberi ceramah untuk organisasi seperti Bursa Malaysia, Securities Industry Development Corporation (SIDC), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Bank Islam, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Utusan Malaysia dan lain-lain.

Falsafah pelaburan beliau adalah berdasarkan konsep pelaburan nilai yang diperkenalkan oleh Dean of Wall Street, Benjamin Graham yang melahirkan ramai pelabur yang hebat seperti Warren Buffett, Walter Schloss, Seth Klarman, Joel Greenblatt dan ramai lagi.

2017, beliau mahu lebih ramai orang mempunyai cara bersistematik untuk membina tabung persaraan yang mencukupi.

Home