≡ Menu

Tabung Persaraan

1. Lepas dapat duit gaji, simpan dulu paling kurang 10%. Lagi banyak lagi bagus. Selebihnya baru dibelanjakan.

2. Kalau nak dapat menyimpan setiap bulan lebih banyak, jangan buat personal loan atau beli kereta yang mahal-mahal.

3. Jangan simpan duit bawah bantal atau akaun bank biasa. Simpanlah di Tabung Haji atau pun ASB.

4. Jangan cari takaful untuk simpan atau labur duit. Tujuan utama ambil skim takaful adalah untuk mendapatkan perlindungan kewangan.

5. Jangan lebur duit dalam skim yang janjikan pulangan tetap tiap-tiap bulan.

6. Mula-mula buat tabung kecemasan. Simpanan dalam tabung kecemasan ialah sebesar 7 bulan gaji. Selebihnya masuk dalam tabung pelaburan.

7. Simpan duit banyak-banyak untuk 7 tahun pertama selepas dapat gaji. Mudah-mudahan pada tahun ke-8 sudah dapat RM 100 ribu sebagai modal pelaburan.

8. Gunakan Rule 72 untuk kira berapa cepat duit dapat jadi berganda. 5% ambil masa 14 tahun. 7% ambil masa 10 tahun. 10% ambil masa 7 tahun.

9. Pada kadar 10% setahun. RM 100 ribu jadi RM 200 ribu pada selepas 7 tahun. Kemudian jadi RM 800 ribu selepas 21 tahun.

10. Dengan dividen 5% setahun untuk RM 800 ribu, dah ada duit "pencen" tambahan RM 3 ribu setiap bulan. Itu belum campur duit KWSP atau duit pencen yang bakal diterima.